Ubati Demam Cara Rasullullah SAW

Ubati Demam Cara Rasullullah SAW

Loading...
                                
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa.

 Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?




Hakikat Demam

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

 "Apabila panas demam menimpa seseorang dari kamu sesungguhnya panas demam itu satu potongan dari api neraka maka hendaklah dia memadamkannya dengan air iaitu hendaklah dia mandi di sungai yang mengalir lalu hendaklah menghadap ke arah aliran sungai lalu membaca:

 (Dengan nama Allah sembuhkanlah hambaMu dan benarkanlah RasulMu). Sesudah solat subuh dan sebelum terbit matahari dan hendaklah dia membenamkan dirinya di dalamnya tiga kali benaman selama tiga hari kalau belum sembuh pada tiga kali maka sembuh pada lima kali maka sembuh pada tujuh kali kalau belum sembuh pada tujuh kali sesungguhnya ia hampir tidak melalui tujuh kali dengan izin Allah".



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. bagus sungguh cara ini..

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    BalasPadam
  2. nice info,tq kak

    BalasPadam
  3. Amalan terbaik selain daripada menelan ubat panadol kan..

    BalasPadam

jerit kat sini