Dakwaan Terbaru MH370 Terbakar Dan Diiringi Oleh Dua Pesawat Lain

Dakwaan Terbaru MH370 Terbakar Dan Diiringi Oleh Dua Pesawat Lain

Loading...
                                

Laporan dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.

Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.

“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.


“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.

Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu.

“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal. Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi.

Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini.
Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Hmmm..berapa banyak theori daaaaa...kesian kat keluarga mangsa..

    BalasPadam

jerit kat sini