Lihat Senarai Nama Penumpang Dalam MH370

Lihat Senarai Nama Penumpang Dalam MH370

Loading...

Kerajaan Malaysia mengeluarkan salinan laporan awal mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang ia dikemukakan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal bulan lepas.

Dalam satu kenyataan, Menteri Pertahanan yang yang pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan untuk mengeluarkan laporan itu, yang bertarikh 9 April, telah dibuat selepas pasukan pakar dalaman selesai menyemak dokumen tersebut.





Bersama laporan itu, kerajaan juga mengeluarkan rakaman
audio komunikasi antara kokpit dan kawalan trafik udara pada 8 Mac sebelum pesawat terputus hubungan, peta beberapa kemungkinan laluan penerbangan tersebut dan juga pelan tempat duduk pesawat dan senarai kargo.

Katanya, mereka juga mengeluarkan maklumat tambahan yang memperincikan tindakan-tindakan yang telah diambil antara jam 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac.

Menurut Hishammudin, minggu lepas, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak ) melantik pasukan pakar dalaman untuk menyemak semua maklumat yang kerajaan Malaysia ada mengenai MH370, dengan tujuan untuk mendedahkan sebanyak mungkin maklumat kepada orang ramai .

Katanya, laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kepada panduan perdana menteri - bahawa selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian - atas nama keterbukaan dan ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.

Syor - pengesanan masa nyata

Laporan Pejabat Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan telah membuat satu syor mengenai kemungkinan melaksanakan pengesanan masa nyata bagi penerbangan komersial.

Menurutnya, terdapat dua kejadian dalam tempoh lima tahun lepas apabila pesawat pengangkutan udara komersial bersaiz besar telah hilang dan kedudukan terakhirnya tidak diketahui secara tepat.

"Ketidakpastian itu telah menimbulkan kesukaran untuk mengesan pesawat itu secara tepat pada masanya," katanya.

Oleh itu, tambahnya, Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Malaysia membuat cadangan kepada ICAO supaya meneliti faedah-faedah keselamatan dengan memperkenalkan pengesanan pesawat pengangkutan udara komersial mengikut masa nyata yang standard.

ICAO itu dijangka membincangkan mengenai perkara itu dalam mesyuarat pada 12 dan 13 Mei.

Bagaimanapun, laporan awal itu, gagal memperincikan tindakan segera tentera Malaysia pada waktu selepas kehilangan pesawat itu, selain daripasa sebutan ringkas bahawa carian telah "diperluaskan ke Selat Melaka ".

Kerajaan Malaysia berdepan dengan penelitian hebat media asing dan keluarga penumpang MH370 dalam penerbangan Beijing, kebanyakan mereka adalah warga China, kerana kegagalannya untuk mendedahkan senarai kargo dan laporan awal kepada ICAO.

Sebelum itu, kerajaan hanya mendedahkan transkrip komunikasi akhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Bahagian 1:  Tindakan yang diambil antara 1:38am dan 6:14am

Bahagian 2:  Tindakan yang diambil antara 1.38am dan 6.14am

Susunan tempat duduk penumpang

Audio:  Komunikasi antara MH370 dan kawalan trafik udara

Sementara itu Bernama melaporkan Hishammuddin berkata pasukan dalaman itu telahpun memuktamadkan semakan semula, dan berikutan itu maklumat berkaitan MH370
dikeluarkan yang turut mengandungi rakaman audio dan laluan penerbangan.

Beliau berkata radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.

"Pesawat itu dikategorikan oleh operator radar sebagai tidak membahayakan, oleh itu tiada tindakan lanjut diambil pada masa itu," katanya.

Beliau berkata data radar disemak semula secara 'playback' kira-kira 8.30 pagi hari sama dan maklumat itu dihantar ke bilik operasi Tentera Udara kira-kira 9 pagi.

Hasil perbincangan lanjut dengan pegawai peringkat tertinggi, Hishammuddin menerima maklumat daripada pihak tentera kira-kira 10.30 pagi tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.

Beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada perdana menteri yang segera mengarahkan operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan di Selat Melaka, bersekali dengan operasi di Laut China Selatan.

Hishammuddin berkata KD Mahameru, kapal pemusnah periuk api dan KD Laksamana Muhamad Amin, Kapal Corvette Tentera Laut Diraja Malaysia, telahpun bersedia di Selat Melaka untuk melakukan tugas rondaan.

"Mereka segera dipertanggungjawab untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sebuah pesawat tentera kemudian dihantar untuk menyertai kedua-dua kapal itu di Selat Melaka pada 10.54 pagi dalam misi pencarian MH370," katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama..

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini