Header Ads

Kucing Selamatkan Budak Dari Diserang Anjing

loading...

Seekor kucing datang untuk menyelamatkan anak kecil yang merupakan majikannya dari serangan seekor anjing, Selasa (13/5/2014).

Pada saat itu, anjing datang mendekati anak tersebut pada sebuah jalan di Southwest Bakersfield, Amerika. Kejadian itu dirakamkan oleh kamera CCTV.

Hasil rakaman kamera CCTV memperlihatkan seorang anak laki-laki berusia 4 tahun, Jeremy, sedang bermain dengan basikal. Dia baru sahaja pulang dari sekolahnya. Jeremy menderita autis ringan, demikian seperti dikhabarkan laman 23abc .

Lalu anjing tetangga, menyelinap dari belakangnya dan tiba-tiba menggigit kaki anak itu.
Segera saja kucing milik keluarganya bergegas menyerang balik anjing. Kucing yang diberi nama Tara itu lalu mengejar anjing yang menyerang majikannya.


"Tara adalah pahlawanku," kata Jeremy dalam sebuah rakaman video
.
Erika Triantafilo, ibu Jeremy, sedang berada di sisinya ketika kejadian. Dia sedang menyiram pokok lalu mendengar jeritan anaknya.

"Saya benar-benar tidak sedar apa yang telah terjadi sampai suami saya menunjukkan rakaman video CCTV," kata Erika.

Erika mengatakan bahawa anaknya memerlukan beberapa jahitan, tapi dia baik-baik saja.

"Saya belum pernah melihat kucing melakukan hal itu," kata Roger Triantafilo, ayah Jeremy. Dia lalu memuat naik video rakaman CCTVnya ke YouTube dengan tajuk " My Cat Saved My Son ". Hingga berita ini diturunkan, video tersebut telah dilihat sebanyak 1.6 juta kali.

Sementara itu anjing yang merupakan milik jirannya kini berada di bawah pemerhatian pusat penjagaan haiwan di Bakersfield.

Sgt. Joe Grubbs, juru bicara kepolisian Bakersfield mengatakan bahawa anjing akan dikuarantin selama 10 hari kemudian disuntik mati




Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.