Loading...
Gambar dikeluarkan oleh Pengawal Pantai Korea Selatan kelmarin, menunjukkan, kapten feri Sewol, Lee Jun-seok (dalam bulatan) meninggalkan para penumpang untuk menyelamatkan diri selepas feri dikemudikannya karam di perairan Pulau Jindo, selatan Korea Selatan, Rabu lalu. - AGENSI
MOKPO / Jindo, Korea Selatan 18 April - Pendakwa raya Korea Selatan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan waran tangkap ke atas kapten feri Sewol dan dua anak kapalnya selepas feri itu karam dua hari lalu di sini.
Pengawai di Ibu Pejabat Pengawal Pantai Korea Selatan yang enggan dikenali berkata, siasatan bersama antara polis dan pendakwa raya mahu supaya waran tangkap dikeluarkan ke atas tiga individu itu.
'Permohonan untuk mendapatkan waran telah dibuat, namun dakwaan ke atas mereka masih belum ditentukan,' katanya kepada AFP.
Permohonan waran tangkap itu dibuat selepas siasatan awal mendapati kapten feri, Lee Joon-seok tidak memandu kapal tersebut malah tidak berada di dek ketika kejadian berlaku.
Para penyiasat hari ini menyatakan bahawa feri yang membawa 462 penumpang itu, kebanyakannya pelajar sekolah menengah, dikemudi oleh pegawai muda ketika kapal tersebut dalam perjalanan ke Pulau Jeju dari Incheon.
Seorang pegawai penyiasat, Park Jae-eok berkata, kapten itu, Joon-seok mungkin tidak berada di dek ketika kejadian.
Agensi berita Yonhap melaporkan, pegawai muda berumur 26 tahun itu hanya mempunyai pengalaman memandu kapal selama setahun dan bertugas di feri Sewol selama lima bulan.
Insiden tersebut berlaku ketika laut tenang dan penyiasat memberi fokus kepada peranan kapten berumur 69 tahun itu dan tindakan diambil oleh krew kapal ketika kejadian, memandangkan feri berkenaan tidak mempunyai rekod buruk.
Angka korban nahas yang berlaku tiga hari lalu itu meningkat kepada 28 orang dan 271 orang lagi masih hilang.
Pegawai Pengawal Pantai Korea Selatan berkata, siasatan memberi tumpuan kepada kemungkinan berlakunya kecuaian anak kapal, masalah dengan tempat simpanan kargo dan kerosakan struktur feri tersebut walaupun kapal itu lulus pemeriksaan keselamatan dan insurans.
Ibu bapa pelajar sekolah yang masih hilang menyalahkan kapten kapal berhubung tragedi itu selepas dia dan pegawai syarikat pengurusan feri meminta maaf di atas apa yang berlaku.
Saksi menyatakan bahawa kapten dan beberapa anak kapal meninggalkan kapal ketika anak kapal lain mengarahkan penumpang untuk terus berada di dalam feri ketika ia karam.
Joon-seok kini disoal siasat mengikut akta jenayah, satu prosedur standard di negara ini. - Reuter
2 Ulasan
Sian penumpang ...
BalasPadamteringat kisah Titanic,tapi kaptennya sanggup bunuh diri demi penumpang
Padamjerit kat sini