Apa Jadi Bila Suami Isteri Berbeza Mazhab?

Apa Jadi Bila Suami Isteri Berbeza Mazhab?

Loading...
Abu Dubeis masih teringat cerita maklangnya, isteri bapa saudara sebelah ibu. Kisah mengenai ibu dan bapa maklang, selepas mereka balik Haji.

 Ibunya keturunan melayu manakala bapanya keturunan India-mamak. Cuma terlupa, terlupa sebelah mana. Malbari, agaknya. Entahlah.

Ibu dan bapa Maklang ni, pernah ditemui satu atau dua kali. Bapanya walaupun dari ketegori mamak, tapi kulitnya tidak hitam, tetapi lebih menghampiri putih. Perkahwinan dan cinta mereka terbukti hingga ke akhir hayat.

Oh, Ya. Kisahnya ialah ibu Maklang bermazhab Syafie manakala bapanya bermazhab bukan Syafie. Seingatnya, mazhab Hanafi.
Pada suatu hari di suatu ketika yang telah lama, Maklang bercerita dengan mengajuk semula, dengan gaya ala-ala mamak bagaimana bapanya bercakap perihal kisah mereka suami isteri semasa haji dalam isu wuduk dan sentuhan antara suami dan isteri,
”sini tak boleh pegang, sana boleh pegang. Ini macam. (Ditunjuk sambil memaut lengan)” 
Maksudnya, sekian lama di Malaysia, apabila si isteri bersentuhan dengan suami, siisteri batal wuduknya. si suami tidak batal. Tetapi apabila mendapat kelonggaran di Mekah, madinah semasa haji sama ada atas alasan maslahah, darurat atau taklid mazhab, baharulah si isteri membenarkan dirinya disentuh suami (bg tujuan keselamatan) tanpa wuduknya terbatal. 

[Isteri mazhab Shafie, manakala bagi suami pula mazhab Hanafi)
Gelihati mendengarnya. Seperti si suami merasa pandangan mazhabnya dalam hal ini lebih  sesuai diikuti. Tentulah bagi yang mereka kurang faham, mungkin merasa agak pelik apabila bersentuhan di Malaysia, wuduk menjadi terbatal tetapi di Mekah tidak pula batal.

Di Mekah, si isteri menjadi kebal. Jika di tanah air, kesan sentuhan suami isteri itu hanya membatalkan wuduk si isteri. Tidak si suami. Kemudian si isteri berimamkan si suami. Kagum juga dengan sikap toleransi mereka. Bukti berlainan mazhab boleh berkompromi.
Senanglah, suami dan isteri. Kalau berselisih, boleh ‘settle’ sendiri.

Terlupa pula ditanya, bagaimana pula dengan maklang Abu Dubeis. Mazhab mana pula yang diwarisinya?mazhab ayah atau ibunya?

Satu polemik menarik, juga. Sebenarnya sebelum pergi haji, Abu Dubeis mendengar pelbagai pegangan dan aplikasi prinsip dalam hal wuduk jemaah Malaysia bagi tahun sebelum itu. Kalau didengar dari orang-orang yang telah pergi haji, macam-macam maklumat diberi. Bermakna masih ada ketidakjelasan dan keraguan. Ada kata taklid mazhab hanafi, hambali dan sebagainya. Ada yang kata, bila sudah bertaklid mazhab Hambali, makan daging unta, batal wuduk.

Kemudian apabila tahun Abu Dubeis pergi Haji pula, pendekatannya berbeza. Kaedah lain digunapakai untuk menangani isu wuduk, batal wuduk dan sentuhan.
Tidakkah isu ini telah wujud zaman berzaman? Masih tak diselesaikan? Ketika tahun haji Abu Dubeis, pegangan dan pandangan hukum dipakai mungkin paling sesuai. Semua jemaah kebal di seluruh tanah haram, apabila melangkah keluar sahaja dari hotel penginapan. Kuasa kebal ini ini hanya sementara. Bila masuk hotel hilanglah kuasa.

Diluar, tersentuh siapa sahaja, kulit ke kulit, tidak mengapa, asal sahaja syahwat jangan terasa.

Apabila difikirkan semula… adakah kita benar-benar faham apakah yang dikatakan ‘…dengan syahwat’. Apakah definisi dan keluasan tafsiran. Adakah ia pada rasa atau keinginan pada emosi dan perasaan atau pada tindakan balas kimia dalam badan. Adakah sekadar ada ‘rasa’ atau ‘gerakan’ atau sampai merasa kelazatan. Kekadang rasa dan gerakan itu itu sekadar tindakbalas semulajadi (auto reaction) dan serta merta yang bukan bukan dikawal akal yang sedar tetapi minda bawah sedar (subconscious mind).

Kebal. Had kebal. Apakah tafsiran kebal iaitu tidak terbatal. Adakah apabila disentuh dan menyentuh? Atau sekadar disentuh, tidak menyentuh? Sedangkan menyentuh termasuk juga (1) menyentuh secara tidak sengaja atau (2) menyentuh secara sengaja? Bagaimana pula secara sengaja tetapi perlu atau terpaksa?

Begitulah polemik yang kita alami. Kesan jenis Fiqah yang kita pilih sendiri. Semasa tawaf sunat kita boleh pakai jubah labuh, boleh pakai stoking, boleh tutup kepala untuk mengurangi risiko sentuhan. Namun bila berpakaian ihram untuk umrah atau haji, sebahagian tubuh kita begitu terdedah. Kaki, bahu, tangan, kepala. Siapa yang tidak pernah alami tumit kakinya ditendang atau dalam bahasa lembut, disentuh oleh jejari kaki kaum hawa khususnya dari daerah sekitar ‘bollywood’ sana.

Seorang ustaz, juga pembimbing umrah atau haji meninggalkan sunnah ittiba’ dalam tawaf kerana tidak tertahan disentuh bahunya oleh gadis-gadis bukan mahram. Ini pengakuan kejujuran. ‘Don’t get me wrong’. Maksudnya bukan tidak tertahan syahwatnya, tetapi tidak tertahan terganggu khusyuk dan tawaduknya. Ustaz yang sentiasa setia jiwa dan hati dengan mazhab syafie, hal sentuh-sentuh begini, memang sangat ‘allergic’.

Kedudukan Wuduk Atas Sentuhan Tidak Sengaja Masalah yang akan dibincangkan ialah apabila tersentuh perempuan ajnabi secara tidak sengaja atau menyentuh isteri sendiri, adakah batal wuduk atau tidak?

Terdapat beberapa pandangan para ulama’ tentang permasalahan ini. Ibnu Al-Munzir menyebut di dalam kitabnya (Al-Ausat) lima pendapat, tetapi yang masyhurnya adalah tiga:

Pendapat pertama: Pertemuan/sentuhan diantara kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi (sah dinikahi) atau isteri akan membatalkan wuduk, sama ada dengan syahwat atau tidak, sengaja atau tidak.

Pendapat kedua: Tidak terbatal wuduk dengan menyentuh perempuan, sama ada dengan syahwat atau tidak.

Kisah lengkap dan perbahasan hujah boleh didapati dalam buku haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, (Terbiran Karangkraf- Karya Bestari) di Pesta Buku Antarabangsa 2014 (bermula 24 April). 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. info yang menarik . sebab tak pernah pulak dengar pasal spouse lain-ii mazhab . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang benar..jarang ada kes laki bini berlainan mazhab

      Padam

jerit kat sini