Loading...
KUALA LUMPUR: “Karpal! Karpal! Karpal!”
Biarpun lautan manusia melaung-laungkan nama tokoh yang meninggal dunia itu, keluarga mendiang terus berdoa di krematorium Batu Gantung. Ini adalah selamat jalan yang terakhir, penghujung perjalanan ikon Malaysia yang dihormati.
Seorang lelaki berhenti sejenak melihat suasana di sekitar krematorium itu sebelum berjalan tergesa-gesa menyambung kerjanya pada petang Ahad yang terik itu.
Hanya beberapa ketika sebelumnya, lelaki itu, Ang Leik Hong menyempurnakan tugas pentingnya: dialah orangnya yang bertanggungjawab menyempurnakan pembakaran mayat mendiang Karpal Singh.
"Adakah saya kenal dia? Sudah tentu saya kenal. Dia orang yang sangat baik. Sangat tegas. Dia menjaga keadilan," kata lelaki itu.
Ang agak pemalu dan wajahnya nampak muda remaja. Umurnya 33 tahun. Dia memakai kemeja T dengankolar warna biru muda yang merupakan seragam tempat kerjanya.
Dia terus bercerita sambil berjalan. Peluh nampak memercik pada mukanya tatkala dia mengangkat beberapa beg plastik hitam yang mengandungi peralatan penting untuk satu lagi upacara pembakaran mayat. "Maaf, saya tidak dapat nak bercakap lama. Ada keluarga lain yang perlu saya uruskan," katanya.
Tetapi dia terus bercerita tentang pekerjaan yang telah dia lakukan sejak tiga tahun lalu betapa hanya ada empat orang saja di pusat pembakaran itu yang dianggap 'layak' untuk mengendalikan mesin pembakar mayat.
Petugas mesin itu perlu memastikan suhu ditetapkan dengan tepat dan semua telah teratur sebelum keranda ditolak masuk ke dalam mesin itu. Pembakaran mayat biasanya mengambil masa dua hingga tiga jam untuk sempurna.
“Kita perlu tahu suhu yang diperlukan. Kita tekan butang mesin, masukkan kata kunci dan pembakaran pun bermula," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik percetakan. Katanya lagi, seseorang perlu menjalani latihan selama tiga bulan dan hanya sekiranya seseorang itu dirasakan 'okay' barulah dia dibenarkan untuk mengendalikan pembakaran mayat.
Ang bercerita bagaimana bukan sepatutnya dia yang mengendalikan pembakaran mayat mendiang Karpal. Petugas yang sepatutnya yang beliau anggap sebagai 'sifu' jatuh sakit dan tugas itu diserahkan kepadanya dan dia menerimanya dengan bangga.
"Dia menghabiskan hayatnya berkhidmat kepada rakyat. Saya bangga melakukan tugas ini dengan sedikit kekuatan yang ada untuk berkhidmat kepada orang sepertinya.
"Dia cukup berjaya. Sayang, dia sudah tiada," kata Ang. Dia mengaku dia sudah mengendalikan pembakaran banyak mayat bergelar Datuk dan merupakan CEO tetapi "tidak ada yang sehebat Karpal".
Rakan Ang, yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, mengaku pusat pembakaran mayat itu tidak pernah menyaksikan pengebumian yang sebesar itu: dengan banyaknya kalungan bunga dan hadirin yang ramai. Katanya, ia lebih besar berbanding upacara ke atas seorang lagi pemimpin utama Pulau Pinang, mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.
"Saya tidak pernah berjumpa dengannya (Karpal) tetapi saya kenal dia. Dia berjuang untuk orang kecil, berjuang untuk keadilan. Semua orang tahu. Dia hero Malaysia," kata Lim, yang bertugas di kaunter pendaftaran.
"Saya dapat rasakan kesedihan. Orang bersedih," katanya.
Ditanya kenapa dia berkata begitu, dia menjawab: "Tentulah sedih. Kita tidak tahu apakah akan ada lagi orang sepertinya. Susah."
"Saya harap dia dilahirkan semula," katanya.
Lim mengaku hanya mengenali Karpal daripada cerita-cerita yang didengarnya biarpun dia tinggal di Jelutong dan Gelugor — kawasan yang diwakili oleh Karpal sebagai wakil rakyat. Menurut Lim, mendiang seorang yang sangat bijaksana.
"Makcik saya pernah bercerita tentangnya. Katanya, dia pernah berkata 'tak ada duit, tak boleh bincang' kepada mereka yang mahukan nasihat percuma mengenai undang-undang. Betul. Tetapi jangan salah anggap. Ada makna daripada kata-katanya itu. Dia peguam bicara. Dia tahu apa yang dia buat. Saya percaya dia seorang yang boleh berterus-terang," kata Lim.
"Saya pernah melihatnya dari jauh, hanya sekali. Dia melambaikan tangan. Inilah kali pertama saya melihatnya dengan dekat, di rumah bakar mayat ini. Tetapi dia sudah tiada," tambahnya.
Karpal sepatutnya menyambut hari jadi yang ke 74 pada 28 Jun ini.
Mendiang dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya pada awal pagi Khamis lepas.
Hari ini, ahli keluarganya mengambil abu mayat mendiang untuk ditaburkan di laut.

0 Ulasan
jerit kat sini