Header Ads

UPDATE:MAS Mula Hubungi Keluarga Penumpang

loading...
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yangterputus hubungandengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata fokus pihaknya juga sekarang ialah bekerjasama dengan petugas kecemasan dan pihak berkuasa yang telah mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan.

"Kami mendoakan semua penumpang dan anak kapal serta ahli keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan media.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara.

Ahmad Jauhari menasihatkan ahli keluarga penumpang terlibat untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan perkembangan terkini.



Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.