Loading...
Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Terbaru…
Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China.
Gambar Bukti Terkini MH370 di Beijing China
Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya :
- Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah
- Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang
- Dan ini bermakna pesawat Mh370 tidak mengalami kerosakan seperti yang benar didedahkan oleh seorang juruterbang berpengalaman berdasarkan (TEORI DI SINI)
- Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaru inu dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yangmengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja
- Buat pertama kalinya, pesawat Mh370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan
- Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat Mh370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja Co Pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang
- Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, Mh370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia
- Jikalau pesawat Mh370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu Mh370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?
- Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti
- Dan….jikalau ada kecemasan sekalipun, juruterbang dan co Pilot tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?
- Dan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi Dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakanlaluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.
Kronologi Lengkap Detik-detik Kehilangan MH370 8 mac 2014
Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014)
- Pesawat Mh370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi
- Pergi ke Penang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi
- Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat Mh370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat Mh370 ini
Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.
Berita semasa
6 Ulasan
Memang sah pesawat ini telah di hijack! Cuma xde siapa yg berani mengesahkannya...hanya teori dan persoalan sahaja yg dikeluarkan. Permainan kuasa besar tapi Malaysia yg menjadi mangsa...
BalasPadamakak pun dah mula rasa macam tu..
Padamhuh macam2 teori sampaikan naik pening dah...
BalasPadamKita dah ada conclusion dari awal kak tie..cuma nak tunggu siapa yang bakal menjadi mangsa "the game changer'..
BalasPadamx sabar nak tahu ...sampai bila agaknya mereka nak bertahan
PadamBanyak teori nie...
BalasPadamjerit kat sini