Header Ads

MH370:Adakah Aksi Teropong Ajaib Raja Bomoh Juga Bakal Difilemkan?

loading...
foto:pondok kecil

Kuala Lumpur : Misteri kehilangan pesawat MH370 menarik perhatian masyarakat antarabangsa termasuk beberapa penerbit filem terkemuka Hollywood dan mungkin bakal difilemkan. 

Portal berita The Hollywood Reporter dalam laporannya berkata, beberapa produser ketika ini sedang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat malang itu secara dekat. 

"Ia tragedi mengejutkan, bagaimanapun saya jamin terdapat 50 orang berbeza yang sedang bekerja dalam 50 projek berbeza.

"Sama ada mendapat inspirasi daripada insiden itu atau sedang memerhatikannya ketika ini," kata JC Spink , penerbit filem aksi penerbangan yang disiarkan pada 2005, Red Eye.

Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu menarik perhatian seluruh dunia. 

ps  mula terpikir,adakah aksi Raja Bomoh dan teropong ajaibnya juga termasuk dalam senarai?

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.