Header Ads

Jemaah Di Kota Mekah Berebut Merobek Benang Kain Penutup Kaabah

loading...

Para jemaah pergi ke Kota Makkah, Arab Saudi, untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah dirakam kamera sedang mengoyakkan benang dari kain penutup Kaabah. Mereka berfikir benang itu akan membawa keberuntungan bagi mereka.

Sebuah video di YouTube dimuat naik oleh akhbar asal Saudi ajel memperlihatkan para jemaah saling tolak satu sama lain untuk mendapatkan benang dari kain penutup Kaabah, tempat paling suci bagi umat Islam, seperti yang dilaporkan oleh laman emirates247.com, Rabu (26/2).

Akhbar itu juga memetik seorang ulama ternama, Nabil al-Awadi, yang mengatakan amalan tersebut dilarang dan mendesak para jemaah untuk berhenti mengambil benang daripada kain penutup Kaabah.

"Mengoyakkan benang dari Kaabah adalah haram (dilarang) dan berbahaya bagi penutup Kaabah, walaupun para jemaah melakukannya dengan niat baik, tapi mereka membuat kesalahan besar," kata Al-Awadi.

"Sebenarnya, kain penutup itu mendapat berkat dari tembok Kaabah, tapi benang di kain itu tidak mengandungi berkat apapun," lanjut dia.

Video para jemaah merobek benang dari kain penutup Kaabah:

Loading...

11 ulasan:

  1. Pekara ini dah lama berlaku, malah jemaah Malaysia pun ada yang buat. Cuma mereka tak menceritakan kisah mereka mencuri Kiswah pada kaum kerabat saja. Ini diceritakan sendiri pada saya oleh seseorang yang sewaktu beliau pergi umrah bersama keluarga dulu dan lepas tawaf, dah siap-siap bawa gunting kecil nak potong Kiswah tu. Yang peliknya, dia suruh anak dia pergi potongkan.

    BalasPadam
  2. Susah jugakkan kak tie. Ada yang terlalu obses..

    BalasPadam
    Balasan
    1. manusia ada berbagai ragam,susah nak kata

      Padam
  3. @LOL
    akak pun sebenarnya tak paham untuk apa kain kiswah tu dicuri...ada niat tertentu kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berani nak cerita Kak Tie, katanya boleh bawa "tuah" dan kalau meniaga tu boleh majukan perniagaan, tapi itu dah dikira khurafat dan syirik bila bersandarkan sesuatu selain dari Allah SWT. Kiswah ni ada dijual sebenarnya, sebab setiap tahun Kiswah ni akan diganti. Kalau yang besar satu bahagian dinding kaabah tu lebih kurang RM300,000 paling murah. Yang ada Kalimah Allah atau Muhammad tu lebih kurang 3 kaki kali 3 kaki saiznya setiap satu, harganya RM20,000 keatas. Saya dah tenguk dan pengang pun. memang dari benang emas tulin dan tebal macam dawai ampaian baju. Ustaz saya yang jual dan stoknya pun ada pada dia. Tapi kalau nak yang besar satu bahagian dinding, kena minta dari penjualnya di Mekah (salah seorang keluarga diraja saudi). Sutera hitam tanpa tulisan khat dari Kiswah tu lebih kurang 2 atau 3 inci katanya dijual RM100 lebih sekeping (yang ni Ustaz saya tak jual).

      P.S

      Hati-hati dengan iklan yang Kak Tie paparkan. Di bawah profile Kak Tie tu dah ada iklan berunsur Maksiat dan Mendedahkan aurat. Tak tahu Kak Tie perasan atau tidak, kalau dapat bayaran dari sumber itu dah kira haram. You can delete this part if you wish.

      Padam
    2. ustaz yang jual??,masyaallah..akak pun baru je dgr ttg penjualan kain kiswah ni

      ttg iklan tu akak [un perasan juga,iklan tu akan didelete..terimakasih ttg info

      Padam
    3. iklan yg mana satu ek?sebelah kiri ke sebelah kanan?

      Padam
    4. Betul-betul bawah profile Kak Tie. (Start Chat Warna Biru). Saya bukan nak busy body, tapi teringat dulu Kak Tie ada post tentang hati-hati dengan iklan-iklan diblog dan hasil dan sumbernya. Harap tak kecil hati.

      Padam
    5. rasanya macam iklan H12...sbb kadag2 bukak ada pix yang x elok..jap..akak cuba buang dulu..tgk ada lagi x

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  4. @RDZ Z
    bimbang juga..niat untuk beribadah dah jadi benda lain

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.