Loading...
Bomoh jadi perhatian di media sosial
SHAH ALAM - Upacara ritual menggunakan teropong buluh dan bubu mata pancing yang dilakukan oleh seorang bomoh yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP kini menjadi satu trending di media sosial.
Penyebaran video upacara ritual Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80 menzahirkan pelbagai reaksi dari golongan masyarakat lebih-lebih lagi golongan muda.
Semakin ramai individu yang berlumba-lumba ‘melakukan’ ritual yang sama bagi menunjukkan usaha mereka untuk menemukan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
Kelmarin, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar menerima ketibaan Raja Bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu.
Bomoh VIP yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.
Menurut Raja Bomoh Sedunia ini, bubu mata pancing yang digunakan merupakan simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah membuat ramalan ke atas kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang berkata, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Jakim bagaimanapu menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan khidmat bomoh bagi mengesan pesawat MH370 yang masih hilang.

0 Ulasan
jerit kat sini