Header Ads

BBC3:‘Bomoh’ jadi trending seluruh dunia dengan 200,000 tweet

loading...
Tindakan kumpulan bomoh mengadakan upacara di KLIA memalukan Malaysia. Gambar fail.
Perkataan ‘bomoh’ menjadi trending seluruh dunia dan menerima retweet 200,000 kali dengan kebanyakannya mendakwa ia perbuatan yang memalukan, lapor BBC.

“Ia sangat memalukan ‘Malaysia’ dan ‘bomoh’ berada dalam satu ayat,” kata satu tweet.
“Bodoh, memalukan dan takbur,” kata tweet lain di BBC Trending.

Tweet berkenaan dihantar berikutan sekumpulan bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak dua kali mendakwa dijemput pemimpin kerajaan untuk membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Tetapi, mereka kemudian mengakui tindakan itu dilakukan atas inisiatif sendiri.
Dengan menggunakan kelapa, teropong buluh, pancing terbang dan tikar mengkuang, bomoh Ibrahim Mat Zin dilaporkan melakukan ritual dan membaca mentera yang kononnnya akan melemahkan roh jahat.

HASBULLAH AWANG CHIK
THE MALAYSIAN INSIDER
- 14 Mac, 2014.

4 ulasan:

  1. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak dah banyak kali singgah kat blog awak,dan dah follow pun..x perasan ke?..:)

      Padam
  2. Hari ini sudah msk lapan hari..
    Semoga dipermudahkan.....

    Aku benggang dgn bomoh ni...malukan Islam...arkkkkk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yg geram ngan bomoh ni..hihi

      Padam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.