Mengenali Lebih Dekat Duda Idaman Malaya...Siapa Tu?

Mengenali Lebih Dekat Duda Idaman Malaya...Siapa Tu?

Loading...
Dicop Duda Idaman Malaya, Abil segan


SHAH ALAM – Masih ingat lagi kisah cinta meruntun hati Abil-Fauziah yang disiarkan muka depan terbitan sulung Sinar Harian Edisi Isnin, 10 September 2012 lalu?



Mengisahkan ketabahan seorang suami menjaga isterinya yang menderita penyakit saraf otak sehingga  menghembuskan nafasnya yang terakhir, 2 April lalu.

Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga Gee yang terlantar selepas diserang asma sehingga menyebabkan Gee mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Kini hampir setahun berlalu, Abil atau nama sebenarnya, Abil Fikri Ahmad akui cintanya masih kuat buat Allahyarhamah Fauziah Muhamad sehingga saat ini.

Menurutnya, sejak pemergian Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan, Gee, beliau masih belum mendapat rehat yang mencukupi kerana memenuhi pelbagai undangan di seluruh negara.

“Sejak isteri saya meninggal, saya belum dapat rehat yang betul-betul. Seminggu selepas arwah meninggal, saya mendapat jemputan untuk beri ceramah.

“Kemudian buku Warkah Buat Isteri baru siap, jadi saya agak sibuk mempromosikannya sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Berkongsi cerita lucu mengenai dirinya, Abil memberitahu mendapat gelaran Duda Idaman Malaya (DIM) daripada pengikut di blognya.

“Mereka kata pada saya... ini bukan saya yang buat sendiri. Mereka panggil saya encik DIM iaitu Duda Idaman Malaya. Pembaca dah bagi, jadi saya hormati itu. Sedap juga nama itu,” katanya sambil tergelak kecil.

Sejak beberapa bulan lalu, Abil akui sering diasak pertanyaan soal mencari pengganti.

Bukan menolak jodoh, Abil memilih untuk 'meredakan' dahulu perasaannya.

"Perasaan cinta ini pada isteri saya walaupun dia sudah meninggal, terlalu kuat. Bukanlah saya menolak jodoh yang akan datang. Pada saya dia baru meninggal walaupun sudah hampir setahun dia pergi.


"Berilah saya masa sedikit.

Mungkin selepas April ini saya akan mula mencari (pasangan)," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Abil mengakui lewat mencari pengganti bagi mengelakkan fitnah meskipun usianya sudah mencecah 45 tahun.

"Sebab kenapa saya lambat mencari pengganti adalah untuk menjauhkan fitnah mulut diri masing-masing. Kadang-kadang orang yang kata, tengok kubur isteri merah lagi... itu yang saya elak.

"Saya selalu cakap pada keluarga terutama pada ibu saya. Nanti dululah mak. Jangan biar mereka buat dosa," katanya.

Mengimbau detik pemergian Allahyarhamah Gee, Abil menyifatkan ia sebagai peristiwa paling sedih berlaku dalam hidupnya.

"Masa itu, saya rasa kawan saya, sahabat saya dan isteri saya dah tinggalkan saya. Saya rasa saya sendirian.

"Itulah saat paling sedih dalam hidup saya, saya tak pernah rasa sedih seperti itu," katanya sebak.

Kini, Abil aktif memberikan ceramah motivasi kepada umum terutamanya berkaitan kekeluargaan.




Abil...saya mengenali beliau melalui sebuah artikel dalam akhbar...hati mula meruntun sayu mengenangkan betapa luhur cinta Abil untuk isterinya.Sungguh besar pengorbanan insan bernama Abil ini.

Saya menerima panggilan dari seseorang...biasanya saya malas nak jawab panggilan dari nombor yang tidak bernama,namun pada hari tersebut,saya teringin untuk menjawab panggilan yang diterima..

Dihujung talian,terdengar suara serak-serak basah...

'Assalamualaikum....Boleh saya saya bercakap dengan Akak Dibalik Pintu?'
Hati tiba-tiba berkata..siapakah ini...yang pasti bukannya dari kenalan rakan2 saya...

Lantas sidia ramah memperkenalkan diri...oooo...Tak sangka..panggilan yang diterima adalah dari penulis blog Warkah buat isteri

Selang beberapa hari kemudian saya menerima bungkusan dari Abil...


inilah hadiah dari Abil khas buat saya ..terimakasih Abil...nanges guling-guling akak baca buku ni Abil...

Saya dah dapat..anda bila lagi...
Jangan lepaskan peluang untuk membacanya...Klik Sini


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Semoga yang baik akan kekal menjadi teladan. Bukan semua orang mampu jadi sepertinya.

    BalasPadam

jerit kat sini