Loading...
Seorang wanita Melayu pertengahan umur begitu cekal untuk berniaga nasi lemak demi kelangsungan hidup.
Walau pun pagi semalam gerainya disita oleh pihak DBKL dengan merampas meja dan kerusi perniagaannya dengan dikeluarkan surat saman walaupun ketika itu beliau merayu-rayu agar peralatannya tidak dirampas namun rayunnya langsung diendahkan oleh pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Gelagat kasar, angkuh dan sombong besar kepala DBKL berjaya dirakamkan.
Pagi ini rakyat yang bersimpati telah pergi kelokasi yang sama iaitu di bawah Monorail Jalan Raja Chulan untuk melihat perkembangannya .. Kelihatan wanita Melayu tersebut terus menjalankan perniagaannya menjual nasi lemak dan kuih muih.
Bila ditanya beliau dengan linangan air mata berkata... "kakak anak ramai... gaji suami akak kecil .. kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi .. jadi terpaksalah akak meniaga demi nak membesarkan anak-anak yang masih bersekolah... akak meniaga tidak ganggu lalu lintas dan sentiasa jaga kebersihan".
Inilah dia .. bila rakyat merunggut dan mengeluh kerajaan suruh ikhtiar berusaha untuk menambah pendapatan .. bila rakyat berikhtiar dan berusaha diganggu kacau pula ... berapa sangatlah untungnya menjual nasi lemak di tepi jalan.-
Apa boleh buat DBKL hanya jalankan tugas...
omakkau
8 Ulasan
Inilah uta buat kakak tak faham dgn kerajaan kita. Org yg konon ada lesen sebaliknya telah mengupah orang luar utk berniaga mereka buat tak nampak. Bangsa sendiri diganggu-gugat macam ini. Tak ada perasaan langsung! Geram kakak bila ada senario begini.
BalasPadamkadang2 saya pun kesian tgk peniaga2 kecil2an macam ni,pernah juga dgr rungutan mereka...tapi saya pun pernah juga rintihan pihak yg menjalankan tugas...serba salah juga..
PadamBukan saya nak mengata, tapi sebenarnya betul-betul dibelakang Station Monorel Jalan Raja chulan tu, ada Jalan Tengah. Di situlah biasanya tempat peniaga-peniaga lain berniaga makanan setiap pagi. Dan kalau hari Jumaat, tengahari penuh macam pasar malam, macam-macam ada dijual. Barangan basah harian saja yang tak ada. Sebab tamak nak dapat port yang strategik, sengaja mencabar kesabaran pihak DBKL dengan berniaga di bawah station monorel. Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan ini memang kawasan elit, kalau tak dibendung kegiatan ini, jalan tersebut akan jadi kawasan pasar lambak, seperti mana yang pernah berlaku di Jalan Chow Kit dulu. Bila peniaga lain tenguk dia buat, nanti ramai yang ikut, itu dah memang jadi satu trend.
BalasPadamLagi satu kadang-kadand peniaga-peniaga ni orang-orang Indon yang dah ada PR di Malaysia. Mereka bukan reti bahasa. Undang-undang tetap undang-undang, kadang-kadang mereka sengaja meniaga dibawah papan tanda di larang berniaga.
Saya memang sentiasa menyokong peniaga kecil-kecilan begini, tapi ikutlah jalan yang betul. Kita jangan dengar cerita dari sebelah pihak saja, DBKL hanya menjalankan tugas mereka saja.
ada benarnya juga
PadamSedihkan kak tie..DBKL ni memang kadang-kadang macam tak ada perasaan..memanglah undang-undang tapi dia orang bantu mak cik-mak cik ni bukan layan dia orang macam tu..Hmm..suash sangat nak fikit macam tu..
BalasPadammmg itulah tugas DBKL yang diamanahhkan,maybe mereka juga tersepit antara tugas dan perikemanusiaan,ye la,kalau tak dibuat mereka juga akan dikenakan tindakan tegas dari pihak atasan
Padammakcik itu dan makcik2 yang lain perlu merujuk ilmu perniagaan dahulu sebelum berniaga,,bagi salam dulu pada yang menjaga kawasan, orang perancis orang jepun boleh niaga kat sini bukak eon big bukak carefour tak pulak kena sita atau kena rampas barang dier......cuba diorang bukak lambak sebelah makcik tu dengan orang dengan barang sekali kena cekup....
BalasPadammaybe makcik tu tak tahu bab2 nilmaybe x de sesiapa yang bagitahu,tunjuk ajar
Padamjerit kat sini