Bolehkah Kek Dibuat Menggunakan Telur Ayam Tiruan?

Bolehkah Kek Dibuat Menggunakan Telur Ayam Tiruan?

Loading...
San Francisco: Sejenis telur tiruan diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan bakal menembusi pasaran global selepas firma Amerika Syarikat (AS) yang dibiayai lelaki terkaya di Asia mendedahkan perkara itu.

Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan pengeluarannya.

Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi pasaran dunia.

Perjanjian dengan 500 syarikat

Malah syarikat terbabit dikatakan sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 500 syarikat termasuk pengeluar dan peruncit makanan terbesar dunia.

“Teknologi membolehkan semua untuk mendapat lebih banyak pilihan untuk masa depan bersama yang lebih baik,” katanya.

“Untuk memenuhi semua permintaan penduduk dunia yang semakin bertambah, kita perlu lebih efisyen, lebih mesra alam sekitar dan lebih berkualiti serta banyak pilihan.
Ketua pegawai eksekutif, Hampton Creek dan pengasas, Josh Tetrick berkata, kita hidup ketika pilihan tidak sihat adalah murah dan mudah, manakala pilihan sihat adalah mahal dan sukar.

“Sasaran kami sentiasa untuk membina sebuah syarikat yang menghasilkan makanan sihat dan mudah didapati kepada sesiapa saja.

“Menyelesaikan masalah itu bermakna menyelesaikan masalah kebanyakan orang ramai bukan hanya mereka yang mampu untuk membayar AS$5.99 bagi telur organik,” katanya.

Idea Tetrick adalah untuk mencari campuran tumbuh-tumbuhan yang senang tumbuh, apabila dicampur bersama dengan betul, meniru rasa, nilai khasiat dan kegunaan memasak bagi sebiji telur.

Ok..sekarang lihat pula bagaimana telur tiruan ini dibuat

GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya. Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini. Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat. “Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam. Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya. Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.
bayaha (bahaya) ni. Jom tengok cara-cara nak buat telur tiruan ni..

Langkah 1:
bahan-bahan mentah (macam tepung ja pun)

Langkah 1:

Telur tiruan dibuat dari calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan bahan kimia lain

Langkah 2:
Ni nak buat telur kuning.


 Langkah 2:

Kalsium klorida dan pewarna dimasukkan kedalam 2/3 bekas acuan berbentuk bulat, maka terbentuklah satu lapisan pada telur kuning tersebut. Pigmen kuning ditambah menjadikan ia telur kuning yang sempurna

Langkah 3 :
Ni nak buat telur putih

Langkah 3:

Sama seperti penghasilan telur kuning di atas, proses pembuatan telur putih ini menggunakan acuan yang lebih besar dan bujur (sebelah kiri). Hanya 1/3 sahaja telur putih yang dibentuk kerana telur kuning yang dihasilkan terlebih dahulu akan dimasukkan kedalam telur putih (1/3 + 1/2 = 1). Pembentukan telur akan terhasil selepas satu jam setelah dibasuh dengan air. Telur kini terbentuk dan bersedia menerima 'kulit telur'

Langkah 4:
Ni nak buat kulit telur

Langkah 4:

Dengan menggunakan benang jahitan, garisan akan dibuat di permukaan telur putih yang telah dihasilkan tadi, proses ini dilakukan di dalam campuran kalsium karbonat dan lilin parafin untuk membentuk lapisan nipis kulit telur. Garisan yang dibuat adalah bertujuan memastikan bahan kimia bereaksi dengan putih telur tersebut. Kemudiaanya ia akan dibiarkan kering seketika dgn dibasuh dengan air sejuk. Proses ini diulang beberapa kali untuk mendapatkan kulit telur pada ketebalan yang bersesuaian.

hohohohohoho...
macam mana kawan-kawan???? tak la susah sangat nak buat telor ayam fake kan..
huhuhuhuh...

haaaaa, kat sini dah belajar cara nak buat telor ayam tiruan ni..
yang ni untuk mengetahui cara mengenali dan membezakan teloq ayam tiruan ni pulak..

Beza ngan ori!Namun yang bermain di fikiran sekarang...bolehkah aneka kuih dan kek dibuat menggunakan telur ayam tiruan ini??Any idea??

Catat Ulasan

0 Ulasan