Loading...
Gambar-gambar ini membuktikan bahawa anak monyet sekali pun tidak boleh terlepas dengan mainan kegemaran mereka.
Anak monyet berusia 15 hari ini mencari sesuatu yang hampir sama seperti dirinya. Anak monyet jantan ini seolah-olah telah melekat pada anak patung kuning miliknya di Taman Haiwan Yageer di Ningbo, China.
Anak monyet ini seringkali kelihatan memeluk erat anak patung ‘monyet’ tersebut sambil menyilangkan jari-jemarinya seperti yang dilakukan anak manusia ketika memeluk anak patung kesayangannya. Namun, amat mengejutkan, monyet yang lahir pada 5 Ogos iini dilihat menghisap ibu jarinya seperti bayi manusia.
Mandrills, adalah jenis monyet yang berkait rapat dengan babon, yang dikenali sebagai anak monyet yang penuh dengan warna. Mereka mempunyai warna khas seperti merah jambu, biru dan ungu pada bahagian belakang. Carles Darwin juga pernah menulis bahawa tiada jenis lain di seluruh kelas mamalia mempunyai warna yang sangat luar biasa jika dibandingkan seekor mandrills jantan dewasa.
Mandrills adalah monyet terbesar, boleh membesar hingga 36 inci, hidup dalam kelompok besar yang disebut kawanan yang jumlahnya rata-rata mencapai 800 ekor monyet.
6 Ulasan
dia ingat kawan dia tu kak tie... sebab rupa sama kannn? ^_*
BalasPadamhihi..cute monyet ni..sekali tgk mcm kembar siam
Padamha..ha..so cute..dah macam sama...
BalasPadamalahai, kesian pun ada, mesti dia rindu mak dia tu.
BalasPadamhahha..kesian kan..macam anak yatim piatu pulak
BalasPadamComelnyaaaa......dia nak kwn tu.
BalasPadamjerit kat sini