Tegak bulu roma ‘pagar’ sekolah

Tegak bulu roma ‘pagar’ sekolah

Loading...
Kuching: “Bulu roma saya terus naik sebaik menghampiri kawasan sekolah ini,” kata seorang pengamal perubatan Islam Syahrizan Wahab ketika menjalankan operasi ‘memagar’ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, di sini, kelmarin, selepas 74 pelajarnya diserang histeria, sekali gus memaksa sekolah itu ditutup sejak hampir seminggu lalu.
Syahrizan berkata, dia tidak menafikan sekolah berkenaan dihuni banyak makhluk halus menyebabkan pelajarnya diganggu. 
“Operasi yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudian turut mendapati persekitaran sekolah berkenaan terlalu kotor menyebabkan mudah didatangi makhluk halus. 

“Sepanjang operasi ini, saya dapat berasakan kewujudan makhluk halus, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
SYAHRIZAN (kanan) membaca doa sebelum memulakan operasi memagar sekolah.

“Saya pernah berhubung dengan makhluk berkenaan ketika merawat salah seorang pelajar yang diserang histeria.
PELAJAR membantu mencurah air dibaca surah Yasin.

Harian Metro


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Lagi dipagar, lagi truk murid2 tu diganggu mkhluk tu, sbb mkhluk tu masih ada didlm.

    BalasPadam
  2. Lagi dipagar, lagi teruk nnti murid2 tu sbb mkhluk tu msih ada didalam lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah ..pasti dia tahu apa yang perlu dilakukan sebelum memagar kawasan berkenaan

      Padam

jerit kat sini