PENGALAMAN BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA SELAMA SEBULAN BEKERJA DISANA

PENGALAMAN BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA SELAMA SEBULAN BEKERJA DISANA

Loading...
Salam hari Khamis...apa cerita pulak pagi ni...
bukak pesbuk...jengok sana,jengok sini...

ternampak pulak artikel ni...PERMATA?
Ada masaalah ke??

Nak tahu?..baca artikel seterusnya..


Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.

(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. 

sumber:facebook Beautiful Nara

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Dia tak tahu walau bijak mana pun dia cuba bersembunyi akhirkan Allah akan beri laluan perlakuan buruk akan terbongkar juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kakzakie...menjaga amanah orng bukan senang,kalau rasa tak mampu,jangan bukak Taska..

      Padam
  2. Apa aku nak kata ini setan... betul celaka! (maaf kalau saya berbahasa kasar) tapi saya tidak boleh terima perkara begini diperlakukan pada budak-budak. Padahal menjaga budak-budak bukanlah sesusah mana...

    BalasPadam

jerit kat sini