Loading...
adik Nismah
Raut wajah yang tenang dan mulia akhlaknya dan cukup dikagumi
Sebagaimana ayahnya terkenal dengan ketinggian budi pekertinya,puteri kesayangan Sheikh Nurrudin ini juga mewarisi akhlak terpuji ayahndanya.
Nama diberi Nismah Mohamad Noeruddin Marbu,pelajar SRII Al Amin
Anak Sheikh Nurruddin Marbu Al Banjari Al Makki
Adab seorang anak alim ulamak terhadap gurunya
Dan ikutilah kisah yang telah diceritakan oleh gurunya:
Perkongsian Ustaz Akhi Ahmad:
Orientasi para pelajar darjah 1 bermula hari ini..berlakulah satu perkara yang menyentuh hati naluri saya
Ketika slot muhasabah,para pelajar sedang menangis,saya berkata"Siapa yang betul-betul nak minta maaf dengan para mu"allimah(sbb majoritinya mu'allimah)cepat-cepat pergi minta maaf!"
Semua masih menangis,dan tiada siapa pun yang tampil bangun.Tiba-tiba bangun seorang anak kecil sambil menangis teresak-esak,lantas menghampiri salah seorang mu'allimahnya.
Dipeluknya mu'allimah tadi seeratnya.sungguh tinggi perasaan sayang dan hormatnya kepada para guru.
Dan anak kecil itu adalah Nismah binti Mohamad Nurruddin Marbu.Maafkan saya kalau saya asyik menceritakan kisah adik ini.Saya tidak membezakan anak murid saya,semua saya sayang...namun ADAB yang ditunjukkanyalah yang membezakan mereka.
Dan ADAB itulah yang diwarisi oleh ayahndanya,yang sangat masyhur sebagai seorang ulama yang sangat beradab dengan ilmu.
Semoga kita semua memporeleh sedikit iktibar dari kisah adik kecil bernama Nismah binti Mohamad Nurruddin ini...
KISAH 2
Adik Nurkhatijah yang ceria,
Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.
Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00 yang tidak cukup untuk membayar yuran sekolah. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak.
Nurkhatijah dan Nur syafikah..kedua2nya yatim dan tidak mampu bayar yuran sekolah
Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.
Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga.
Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik.
Adik ini dibantu membeli alat2 keperluan sekolah
Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.
Bagi yang ingin memberi sumbangan, hubungi :
Ustazah Khadijah bt Alang Abu Shuker (017-3078400)
No. akaun Maybank ustazah ni untuk sumbangan: 158024762835.
Kepada rakan-rakan yang mempunyai cadangan kerja yang sesuai untuk nenek Nurkhatijah dan emak Nursyafiqah yang akan tamat kerja kontrak bulan Jun ini,
diharap hubungi Ustazah Khadijah bt Alang Abu Shuker (017-3078400) segera.
Kerja cleaner pun ok katanya.
p/s Ramai yang mengalami kesempitan hidup sekarang ini,tambah2 dengan kenaikan harga barang yang meningkat...namun masih ada majikan yang terlepas pandang atau sengaja yang tak mahu memandang/memahami dengan nasib pekerja dengan gaji mereka yang tak seberapa....sedih..
Mohon pembaca sekelian sebarkan artikel ini...terimakasih
25 Ulasan
sedihnya kak tie..diharap ada yang dapat membantu pelajar ini.
BalasPadammaaf bertanya. Anak2 ini bersekolah di sekolah swasta kah? sebab jika di sekolah kebangsaan / sekolah kerajaan ,,, yuran sekolah telah dimansuhkan. murid hanya perlu membeli keperluan buku dan alat tulis sahaja ... dan juga pakaian. Maaf jika saya khilaf ....
BalasPadamyuran sekolah agama memang kena bayar...pendaftaran etc je nak dekat rm200, yuran bulanan dlm rm60....
Padamyuran yg dimansuh tu berapa je nilai dia banding yg x kena mansuh.. skrg ni hampir semua sekolah mewajibkan pelajarnya mmbeli buku2 kerja, buku tulis yg ada nama sekolah, lencana & nametag.. & bbrpa lg la. Sya beli yg wajib je pn dh kena RM89.90...
PadamTu blom masuk yuran PIBG lg..
telah dinyatakan diatas,sekolah rendah agama
PadamBersabarlah cikgu...Bersabarlah juga anak-anakku.
PadamSemoga ada kesenangan di sebalik kesukaran + kepayahan.
Namun hamba dukacita adik2 ini jadi "mangsa" fenomena yg berlaku, ketika org kaya diBAILOUT >RM500 juta, baju anak2 yg kukasihi ini warna kekuningan...yuran dibayar juga syiling yg tak cukup. kalau anak2 lain happy keriangan shopping perkasasan alatulis, apakah rasa anak2 ini...? Hanya dgn bantuan pendidik "bonda & ayahanda" baru tenguntum cebis hepi hati mereka --- moga tuan/puan dibalasi Jannah Allah, amin...
Kita asyik melihat kesusahan hidup kita..tapi masih ramai lagi yg lebih susah dr kita.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini..
mmg sedih..masih ada kemiskinan dalam negara kita rupanya
BalasPadamsemoga adik2 ini diberikan ketabahan& kekuatan menempuhi kehidupan akan dtg,,, amin
BalasPadamaminn
PadamMy tears felt down. .. Allahu Allah
BalasPadamPusat Zakat tak menjawab panggilan amanah yang difardhukan ke atas tugas mereka. Allah nak kita yg menjawab panggilan amanah itu (dengan berinfaq).
BalasPadamSemoga nasib mereka berubah selepas ini....aamiin
BalasPadamsekolah keb pun daftar2 dah kena rm100 .. sek agama mmg kena bayar depa xdek dana.. itupun bulanan 25 hengget ajer.. dibandingkan dgn ilmu yg dibawa bekal sehingga mati... bg yg tdk mampu pun sanggup bekorban apa sj
BalasPadamassalamualaikum kak,
BalasPadamnak bertanya saya cuba hubungi ustazah dan cuba untuk transfer sumbangan ke akaun ustazah tapi akaun dia unauthorized dan bila cuba hubungi jugak gagal. Boleh tolong saya clarify perkara nie?
Mekasih
kalau x silap akak kisah budak ni ada disiarkan dalam Sinar harian atau harian metro,ada disertakan sekali no phone untuk bantuan
PadamKak.. yg nenek tu dok mana.? Jd pengasuh budak2 blh kot kak.. skrg nak cari pengasuh bdk2 melayu kite ni susah btl kat KL ni..
BalasPadamKak.. klo nenek tu jd pengasuh bdk2 kat rmh die pun ok kot.. kat KL ni payah btl nak jumpa pengasuh bdk melayu kte ni hehe
BalasPadamKak.. yg nenek tu dok mana.? Jd pengasuh budak2 blh kot kak.. skrg nak cari pengasuh bdk2 melayu kite ni susah btl kat KL ni..
BalasPadamkalau nenek dia masih larat,ok juga
Padampasti ada kalangan yg baca ni kerja di ppz atau jkm.. jlnkan tugas anda
BalasPadammesti ada dikalangan yg baca ni kerja di ppz atau jkm..
BalasPadamrenungan untuk kita semua yg hidp senang lenang ni.... dan renungan untuk ibu bapa juga... bgaimana mendidik anak-anak yg berakhlak mulia...
BalasPadamAsslamualaikum
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamjerit kat sini