Didesak Kahwin Lelaki China Sewa Perempuan

Didesak Kahwin Lelaki China Sewa Perempuan

Loading...
Shanghai: Dicari oleh seorang pemuda kaya: Wanita pengiring untuk diupah sebagai teman meraikan Tahun Baru Cina kali ini bagi mengaburi mata ibunya supaya dia mempunyai kekasih.
Keinginan lelaki terbabit didedahkannya di laman sesawang Weibo semalam.


Dalam kenyataannya, lelaki terbabit mendakwa ibunya mendesak supaya berkahwin segera tetapi dia menghadapi masalah kerana belum mempunyai teman wanita.
Justeru, katanya, cara terbaik untuk dia memuaskan hati ibunya pada musim perayaan akhir bulan ini ialah menyewa seorang wanita sebagai kekasih untuk tempoh tujuh hari. Untuk menarik perhatian wanita yang diingini, lelaki kaya itu menawarkan ganjaran sebanyak satu juta yuan (RM548,900) dengan 200,000 yuan (RM109,778) dibayar sebagai pendahuluan.

Lelaki terbabit juga menawarkan tiket penerbangan percuma dari Shenzen ke Zhengzhou. Dia mungkin kelihatan terdesak tetapi nampaknya tidak sembarang wanita boleh mendapat peluang itu.

Melalui iklan berkenaan lelaki bujang itu meletakkan syarat kepada wanita yang berminat, mereka mesti memiliki berat badan kurang daripada 50 kilogram, tinggi melebihi 168 sentimeter, berwajah ayu dan memiliki pendidikan minimum sarjana muda.
Katanya, dia lebih berminat kepada wanita memiliki ijazah peringkat doktor falsafah, serta masih dara. “Jika wanita yang memenuhi syarat itu menarik perhatian saya, mereka akan diberi bonus 10 peratus,” katanya. Pengumuman itu mendapat perhatian ramai di Weibo - laman sesawang blog mikro popular di China.

Sesetengah pengguna Weibo menganggap tawaran sejuta yuan untuk tempoh seminggu itu setara dengan pendapatan seorang pelakon atau penyanyi poluar Sebahagian yang lain pula mengeluh kerana tidak dilahirkan sebagai wanita, sekali gus melayakkan mereka mencuba nasib, Pos itu menarik 10,000 komen pada hari pertama dengan 5,264 wanita tampil mencuba nasib. - Agensi

IITU LEALKI,PEREMPUAN PUN APA KURANGNYA

Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari.

Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.

Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan.Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja. “Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya. Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju. Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.-mymetro

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini