Loading...
Kanak-kanak berusia 2 tahun dari China Xiaoxiao begitu bersemangat ketika mengumpul botol plastik bekas. Itu semua ia lakukan demi mencari dana tambahan agar boleh operasi jantungnya sendiri yang menghabiskan kos sebanyak 100 ribu Yuan
Seperti dilaporkan Shanghaiist , Kamis (12/12/2013), gadis manis itu berjalan dengan riang saat mengumpul botol plastik. Ia melakukan hal itu setelah melihat datuknya melakukan hal yang sama. Dan dari penjualan botol dalam tiga bulan terakhir, Xiaoxiao menerima 50 Yuan.
Xiaoxiao didiagnosa menderita jantung bawaan ketika ia berumur empat bulan. Menurut laporan, doktor memberitahu keluarganya bahawa anak kecil ini mempunyai peluang terbaik untuk pulih sepenuhnya jika menjalani pembedahan sebelum usia tiga tahun.
Namun, ibu bapanya yang mempunyai sebuah kedai bordir kecil menghadapi kesulitan mengumpulkan 100 ribu Yuan untuk prosedur perubatan yang diperlukan Xiaoxiao.ibu bapa malah terlilit hutang kerana sering ke klinik selepas Xiaxiao sering sakit.
Dalam laporan Sina , ibu bapa Xiaxiao meninggalkan rumah untuk sementara waktu agar mendapat pekerjaan yang lebih baik. Menurut laporan, kanak-kanak kecil itu sangat merindukan ibu bapanya dan sering memanggil ibunya dalam mimpinya.
0 Ulasan
jerit kat sini