Padah Bila Noraida Dedah Sana Dedah Sini

PUTRAJAYA: Kontroversi skandal Adi Putra membahang lagi apabila Amiruddin Othman, 56, mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abdul Rahman, semalam.
Amirudin berkata, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu. ....pulak...

Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar.
"Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.

"Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida.

Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang.
AMIRUDDIN Othman (tengah) bersama peguam Muhammad Hasif Hasan (kiri) dan Kassim Osman selepas menyerahkan surat representasi di Pejabat peguam Negara.

"Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi.
Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai.






Temu bual di MELODI
Daripada permulaan, isteri saya sampaikan ucapan menunaikan umrah. Kemudian pelakon itu telah berterima kasih dan meminta nombor telefon isteri saya.

Pelakon itu ada juga bertanya kepada isteri saya adakah dia sudah berkahwin, dan isteri saya jawab, Ya.

Saya rasa sebagai seorang lelaki, dia perlu jaga tatatertib. Tidak boleh mengganggu isteri orang.

Kalau berminat untuk ada pasangan hidup, carilah anak dara. Kan tak elok dan tak manis kalau mengacau atau menggoda isteri orang, amat dikhianati Allah SWT.

p/s...pada isteri2 mahupun suami2 kat luar sana ....jadikan ini sebagai pengajaran

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!