Loading...
Lapangan terbang Ciudad Real, lapangan terbang 'hantu' di Sepanyol
MADRID -
Sepanyol mempunyai sebuah lapangan terbang besar, yang malangnya tidak pernah disinggahi pesawat komersil sehingga digelar "lapangan terbang hantu".
Kini, lapangan terbang tersebut telah dijual dengan harga yang cukup murah. Lapangan Terbang ini berada di Ciudad Real, sekira 200 kilometer sebelah selatan Bandar Madrid.
Landasan lapangan terbang cukup untuk mendaratkan pesawat terbesar di dunia, yakni Airbus A380. Lapangan Terbang ini beroperasi sejak 2008, namun malangnya tidak berterusan.
Pada 2012, lapangan terbang ini muflis dengan hutang lebih dari 300 juta Euro. Akhirnya, lapangan terbang dilelong dengan harga bermula dari 100 juta Euro dan akan ditutup lelangnya pada 27 Disember akan datang, seperti ditulis dari Telegraph, Selasa (10/12/2013).
Ciudad Real, bandar di mana lapangan terbang ini berdiri, adalah sebuah bandar kecil di antara Madrid dan Cordoba dengan 750 ribu penduduk.
Sebelumnya, lapangan terbang tersebut dibina untuk melayani pelancong yang datang dari Ibu Kota Sepanyol dan pesisir Andalusian.
Lapangan Terbang ini mempunyai landasan terpanjang di Eropah, dengan panjang 4.200 meter. Kini, landasan tersebut diberi cat kuning terang agar juruterbang syarikat penerbangan yang melaluinya tahu bahawa lapangan terbang ini tak lagi boleh digunakan untuk mendaratkan pesawat.
Bukan hanya lapangan terbang ini yang tutup dan dijual. Kerana krisis ekonomi yang dihadapi, banyak lapangan terbang di Sepanyol juga sepi.
Beberapa lapangan terbang di negara ini tidak lagi melayani penerbangan komersil dan hanya mendapat kurang daripada 100 ribu penumpang per tahun.

1 Ulasan
ada juga orang yang nak beli ye tak?
BalasPadamjerit kat sini