KENAPA DENGAN BAS BERNOMBOR 403?

KENAPA DENGAN BAS BERNOMBOR 403?

Loading...
Saya Man. Kisah ini berlaku pada tahun 2011 sekitar waktu jam 11 lebih malam.

 Kalau tak silap saya, bas 403 adalah bas yang terakhir. 

Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku kepada diri saya dan isteri selepas kami berjumpa dengan teman-teman. 

Kisahnya begini. Saya ringkaskan seberapa yang boleh. 

Sewaktu saya dan isteri di dalam bas, hanya saya, isteri, dan pemandulah di dalam bas itu menuju ke Pusat Tukaran Bas Pasir Ris.

 Dalam perjalanan, setiap kali bas itu berhenti di setiap perhentian bas, dia akan buka kedua-dua pintu depan dan belakang. 

 Setiap perhentian bas, saya perhatikan, tak ada seorang pun yang naik atau turun. Tapi hairannya, mengapa dia membuka pintu? 

Tak ada orang pun yang turun naik. Isteri tertanya-tanya kepada saya, "Kenapa pemandu tu buka pintu? Tak ada orang nak masuk kan..." Saya tergamam buat seketika. 

Sampai di jalanraya utama saya bertanya pemandu bas mengapa dia membuka pintu sedangkan tiada seseorang pun berada di perhentian-perhentian bas yang kami lalui kerana mempunyai perasaan yang ingin tahu sangat. 

Pemandu berbangsa Cina itu berkata, "Di tempat ini, memang keras. Pernah berlaku sesuatu kepada saya. 

Kejadian itu berlaku agak lama. Sewaktu saya sedang memandu bas itu waktu malam, saya pernah terdengar bunyi seperti bas itu bising seperti ramai orang sedang berbual tetapi tiada seorang insan pun dalam bas itu. 

Pernah sekali, saya terjumpa dengan CIK PON." Dan dia membuka dan menutup pintu kerana ingin makhluk-makhluk ghaib ini semua naik bas dan keluar bas. 

Itu sahaja yang saya ingin ceritakan. Pada pendengar yang benar-benar tahu tentang mengapakah ini terjadi, tolonglah berkongsi dengan MJ12. Sampai sekarang, saya belum tahu sebab yang sebenar.

ps...akak pun pernah terdengar cerita sebegini mengenai makhlus halus yang menumpang naik bas...cuma cerita itu telah lama berlaku..lebihkurang macam cerita yang diceritakan oleh Man diatas

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Assalamualaikum...

    Saya pernah juga mengalami hal-hal mistik.. Yang hampir sama dengan keadaan seperti dalam cerita di atas ialah semasa saya datang ke sekolah menengah (setelah saya tamat persekolahan tingkatan 5). Sewaktu itu nak mendapatkan cop pengesahan sijil dari pengetua atau guru penolong kanan 1.

    Saya singgah sebentar di surau sekolah tu utk solat zohor. Tanpa ada fikir apa-apa yang luar biasa, saya mula bersolat di tempat imam.

    Tiba-tiba masuk saja bacaan Al Fatihah, terasa macam ada beberapa orang di belakang saya. Sedangkan saya sangat yakin waktu itu tiada orang lain melainkan saya seorang saja. Maka saya yakin ada "sesuatu yang bukan orang" tumpang bersolat, tetapi saya waktu itu berasa tiada kemampuan untuk menjadi imam kepada makhluk berkenaan, lalu saya memberhentikan solat dan "mohon maaf" dengan berkata "minta maaf aku tak dapat jadi imam..", lalu saya bersolat di bahagian lain dalam surau berkenaan.


    =================================================
    Promosi Akhir Tahun
    =================================================

    TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS

    Derma Dynamic Cream

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg seram cerita awak..sama mcm yg mak saya alami masa solat kat surau berhampiran umah akak...ketika hampir maghrib mak berjalan kaki kesurau..masa dlm perjalanan tu mak nampak ada 3 beranak kat depan dia...semuanya berbaju hijau...tapi bila nak masuk pagar surau..3 beranak tu terus berjalan kedepan...padahal kat depan hanya semak samun yg tebal....lalu lenyap mc tu jer....sejak tu mak akak mula rasa takut bila tiba waku maghrib...

      Padam

jerit kat sini