REMAJA HILANG DITEMUI BUKAN DI VILLA NABILA

Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi. Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On.

 Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami. Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti. Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

-Mazidul Akmal Sidek

Misteri rumah agam Villa Nabila


ANGGOTA polis terlibat operasi mencari Mohamad Izzat dengan bantuan pasukan bomba dan anjing pengesan di Villa Nabila, Jalan Skudai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sebuah vila terbiar yang terletak di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan ramai semalam selepas seramai 23 remaja dikatakan hilang setelah memasuki rumah agam itu pada malam Sabtu lalu.
Banglo dikenali Villa Nabila yang didirikan di kawasan elit bersaiz empat buah padang bola sepak itu sememangnya cukup terkenal dengan cerita mistik selepas ditinggalkan kosong lebih 40 tahun lalu.
Polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu mengesahkan hanya seorang lelaki hilang bukannya sekumpulan seperti yang didakwa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Hajah Hasnah, Majidee di sini pada pukul 3.30 petang, Sabtu lalu.

http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/11/menakutkan-30-remaja-redah-villa-nabila.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!