Header Ads

Penjaga Gol Pahang Guna Makhluk Halus Untuk Juara Piala Malaysia?

loading...

Penjaga Gol Pahang Guna Makhluk Halus Untuk Juara Piala Malaysia | Terkejut penulis bila baca satu artikel diportal mynewhub mendedahkan Pahang Juara Piala Malaysia disebabkan Penjaga Gol Pahang menggunakan Makhluk Halus bagi membantu menjaga gawang gol. Cerita ini mula tersebar dilaman sosial yang cukup popular di facebook.
Bagaimanapun penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid tampil memberi kenyataan mengenai penyebaran gambar dirinya yang didakwa menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad lalu merupakan satu cerita karut dan tidak boleh dipercayai.
Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu.
Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu.
Bagaimanapun, Khairul Azahan mengakui terkejut serta terkilan kerana cerita dan gambar sedemikian boleh tersebar di FB.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga kami muncul juara musim ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bila baca sedutan artikel ini sudah pastinya penyebaran cerita ini dari penyokong lawan yang tidak boleh menerima kekalahan. Bila dipikirkan balik ini semua propaganda je. Mungkin nak kasi bahang Piala Malaysia 2013 masih segar diingatan.



Loading...

10 ulasan:

  1. follow blog sukses....ke 1695....visit and follow back yah disini http://anaktimor-17.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimakasih..akak pun dah follow blog awak

      Padam
  2. Xdpt trima kkalahn..ada plak phk trtntu tabur fitnah xbrasas. Adat pmainan laa kalah menng tu..trima je la..ape la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah betul ntah tidak berita ntah ler..

      Padam
  3. adat permainan ada kalah & menang.. terimalah hakikat pd yg kalah tu jgn salahkan makhluk halus pulak.. maybe dia bawak makhluk halus atas kepala jer.. (kutu) hahahahaha

    BalasPadam
  4. macam-macam dia orang ni kak tie..kelakar je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih lagi percaya benda2 mcm ni..

      Padam
  5. saya ada suplemen utk org yang dirasuk antu atau org yg suka baca cerita hantu... jom share link n follow follow.....

    BalasPadam
  6. Ini orang otaknya cetek ,tak dapat terima kekalahan .lepas tuh senafas jee kau tuduh orang macam itu ye .baguslah ,memang sesuai siapa buat berita macam nie .eh ,kamonlah .dunia teknologi ,bukan zaman chin peng wehh nak pakai bomoh pasal ,cucuk pakai hantu pulak .apasal ? goyang dengan keeper pahang ke ?

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.