Nor Fazira,Remaja Dicerai Suami Jahat??

Nor Fazira,Remaja Dicerai Suami Jahat??

Loading...
Dakwaan Rogol Nor Fazira, Bekas Suami Nafi



Mohd Fahmi Mohamed Alias menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.

“Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.

Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

“Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai .

“Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,” katanya lagi.

Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.

Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.

“Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.

“Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.

“Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,” katanya.

Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.

Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.

Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.

“Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi. - 

Nampaknya kisah ni semakin menarik...sedikit demi sedikit cerita sebenar mulai terbongkar...harap2 ianya dapat dijadikan pengajaran

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. 16 tahun dah mula kerja, bagus budak ni cuma isteri tu kena pimpin bukan senang2 je nak cerai wlaupun perangai tak elok..umur muda sgt ni..bimbingan ibubapa sgt diperlukan..

    BalasPadam
  2. mmg betul..tapi budak2 sekarang tau2 je la..sepatah ditegur...30,40 patah dijawabnya..susah juga..

    BalasPadam

jerit kat sini