Misteri Bau Harum Dikuburan DiSegamat

                           Keadaan tanah perkuburan Islam Batu Badak awal pagi, semalam.

                                   Satu daripada jasad yang keadaan kain kapannya masih elok.

Misteri bau harum?

Pada hari pertama kerja-kerja memindahkan kubur dilakukan, terdapat bau harum dan wangi di sekitar kawasan kubur berkenaan yang dirasai semua pihak.

Jamaluddin berkata, perkara itu biasa bagi dirinya dan menganggap bau berkenaan sebagai salah satu tanda kebesaran ALLAH SWT untuk ditunjukkan kepada umat akhir zaman.

“Kalau betul wangian tersebut datang daripada kawasan kubur ini, kita amat beruntung kerana dapat menghidu wangian syurga.

Tetapi ketika itu terlalu ramai pengunjung dan waris yang hadir. Saya bimbang wangian tersebut datang daripada minyak wangi mereka.

“Walau apa pun, saya harap semua dapat ambil iktibar dan pedoman daripada isu ini kerana bukan semua di antara kita yang beruntung berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang waris kepada dua jasad yang tidak terusik, Rahmah Mohd Zain, 77, berkata, ia merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan situasi seperti ini dan bersyukur dapat melihat kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT di depan mata.

“Dahulu saya tinggal berhampiran kubur ini selama 32 tahun. Di sini, terdapat empat buah kubur waris saya iaitu kubur atuk, emak, kakak ipar dan adik lelaki saya. Tetapi kubur kakak ipar (Senyum Salleh) dan adik lelaki saya (Harun Mohd Zain) sahaja yang masih elok kain kapannya.

“Adik saya meninggal dua tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Chaah ketika berumur 68 tahun. Saya sempat menyentuh kain kapannya dan terasa ada lagi dagingnya,” katanya.

Rahmah yang merupakan guru agama turut menafikan bahawa gambar dua jasad yang tersiar di media sosial didakwa sebagai suami isteri adalah tidak benar, sebaliknya tiada sebarang perhubungan.

“Salah satu jasad yang masih elok itu ialah Ahmad Raof dan seorang lagi dikenali sebagai Mehran. Sewaktu hayatnya, Ahmad Raof ini memang merupakan seorang yang alim dan sering ke surau lama yang terletak bersebelahan kubur ini.

“Arwah Mehran pula merupakan seorang yang tidak pernah meninggalkan solat dan sering mengajar mengaji tanpa mengharapkan sebarang upah. Mungkin itu adalah sebab mengapa jasadnya tetap terpelihara,” katanya.

Rahmah juga berharap supaya gambar jenazah ini tidak disebarkan sesuka hati tanpa kebenaran keluarga waris sebagai menghormati permintaan mereka.

Pada masa sama, kawasan perkuburan Islam Batu Badak didatangi oleh ramai pengunjung yang mahu menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan.


Jenazah Maheran dikafankan semula sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Batu Badak, Segamat.


Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna Segamat:
Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

 Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.

 Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu.

 Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

 Pemindahan kubur “Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek.

Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi. “Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran.

Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

 Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

 “Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

 “Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah,” katanya.

Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!