Langsuir Ini Ditangkap Dan Dikurung Didalam Botol

Salam

Sekadar berkongsi..

Ceritanya bermula dari awal tahun 2011, kitorg satu family bercadang bukak restoran di KL..so, lepas riki tempat, berbincang dengan supplier, mengambil langkah2 sepatutnya..lahirlah restoran kami di area gombak..

Tahun pertama,bisnes macam biasa..ye lah..bisness baru bukak..ambil masa sikit untuk org nak kenal..kitorg hanya buat solat hajat sebagai permulaan..alhamdulillah..makin hari makin bertambah maju..

Sampailah satu ketika, bisness kami makin merudum..nak bayar sewa pun sangkak..mana nak rolling modal lagi..mana nak bayar gaji staff lagi..sampailah ada 2-3 pelanggan tetap kami dan kenkawan call kami...tanya..kenapa lama tak meniaga?haihhh!dr situ kitorg terdetik..sbb ni ke bisness kitorg slow..

Mula dari situ..kitorg mula perasan..bila ada dalam kedai..rasa mengantuk sgt..lemah..malas..staff pun melepak je..yang paling teruk..customer masuk..sorang staff pun tak nampak..tp kitorang nampak..bila disuruh dorang pegi amik order..dorang siap tanya..mana customer?takde pon?haihh..parahh!

Adalah 1-2 org ustaz yang dtg makan kedai kitorg bgtau.."nanti ada masa, pergilah berubat..teruk sangat dah kedai ni..saya nak duduk lama pun tak selesa"..sejak tu..kita ikhtiar cari ustaz..ada yang datang buat..pastu senyap trus..last2 kitorang dengar ada sorang ustaz yang boleh berubat..tp ada kat jengka..kitorg gagahkan diri untuk pergi..demi untuk memulihkan kedai semula.

Bila kitorg sampai, dia mintak alamat kedai,nama pemilik apa smua..kemudian dia sembahyang sunat..pastu terus jalankan upacara pembersihan jarak jauh. Katanya banyak yang menumpang ni. Dekat dapur ada 2 ekor langsuir..kat tengah2 kedai pun ada..kat depan kedai pun ada..yang depan kedai tu utk tutup mata kasar org ramai supaya org tak nampak kedai..

Gaya ustaz tu pun dah macam org tengah berperang..nampak gaya macam pegang lembing pastu hunus kat jin tu..kemudian dia tangkap dan masukkan dalam botol..yang paling best, tang2 tu jugak dia tanya..nak tengok ke?mak aihhh!gila apa ni nak tengok..walaupun siang hari tetap jugak aku cuak..terus dia gelak..tengok macam ni memang tak nampak..amik gambar botol tu pakai camera..baru boleh tgk..apa lagi..terus aku snap..nah! tapi tak tahu la tu betul ke tak..wallahualam..Allah lagi mengetahui..

Dengan berbekalkan air solat hajat..dia mintak kami renjis seluruh kedai untuk tujuan pembersihan..Alhamdulillah..walaupun ada lagi ustaz lain yg kata benda tu masih ada..bisness kami kembali macam biasa..kadang2 ada pasang surutnya meniaga ni..adat meniaga..

Mungkin lepas ni akan cuba ustaz lain lagi untuk berubat..ye lah..kita hanya mampu berusaha dan tawakkal..selebihnya kita serahkan padaNYA.

Wallahualam..

gmbar ni tak dapat pasti yg mana subjeknya



yang ini katanya gmbar perempuan rambut panjang dan pandang kearah depan.




Ulasan

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!