David...Saya Nak Jadi Pelakon Filem Misteri Villa Nabilla...Boleh?

David Teo Filemkan Misteri Villa Nabila


Beberapa hari lepas, timbul khabar angin menyatakan 7 orang hilang dari sebuah Villa Nabila kononnya 30 orang yang telah masuk ke dalam Villa Nabila tersebut tetapi hanya 23 yang berjaya keluar.
Malah, turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia. Susulan populariti tersebut, David Teo, Metrowealth berkata pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini.
Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila.


"Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.
Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini."

P/s  rasanya kalau betul David Teo jadi buat filem ni..mesti pecah panggung...
Daviddddd....saya pun nak jadi pelakon filem ni...boleh???

Ulasan

  1. dah agak dah pasti ada pihak penerbit filem yang akan mengambil kesempatan ni...good market value lah katakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga,,,tapi kalau ceritanya menarik...mesti best kan

      Padam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!