Tahukah Anda Sultan Sulu Meninggal Dalam Keadaan Papa Kedana

Tahukah Anda Sultan Sulu Meninggal Dalam Keadaan Papa Kedana

Loading...
KUALA LUMPUR:Waris Kesultanan Sulu. Jamalul Kiram III yang mendalangi gerakan pengganas mahu menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah meninggal dunia dalam keadaan papa, kata anak perempuannya.

Anak sulung Allahyarham, Jacel Kiram memberitahu sebuah stesen berita televisyen di Manila, bapanya tidak memiliki apa-apa semasa meninggal dunia pada 20 Oktober lepas.

"Ayah saya meninggal dunia papa. Jadi seorang sultan bukan tugas yang mudah. Saya bangga dengan keturunan saya tetapi kami menjalani kehidupan yang biasa," katanya kepada ANC Beyond Politics pada Selasa.

Menurut laporan, Jamalul, yang meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina, bergantung hidup kepada ihsan derma rakan-rakan keluarga dan bantuan daripada Pejabat Loteri Kebajikan Filipina.

Allahyarham menghadapi masalah buah pinggang sebelum meninggal dunia.

Pengikutnya menceroboh perairan Sabah dan berkampung di Lahad Datu pada Februari lepas sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan negara setelah enggan patuh arahan supaya menyerah diri.

"Ayah saya hilang semangat selepas diberitahu dia akan didakwa," kata Jacel.

Beliau juga menyifatkan semua konflik di wilayah selatan boleh dikesan ada kaitannya dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Jacel bagaimanapun berkata tuntutan itu tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Filipina.

Sementara itu, Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu berkata, Esmail Kiram II, adik kepada Jamalul, telah diisytiharkan sebagai 'sultan' yang baru pada 21 Oktober lepas.

Jacel menjelaskan, sebelum meninggal dunia, ayahnya telah mengarahkan Esmail supaya meneruskan tuntutan ke atas Sabah.

"Ayah saya telah memaafkan Esmail kerana mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan pada 2001," tambah beliau.

Jacel juga mengulangi gesaannya mahukan kerajaan Filipina menyokong tuntutan waris ke atas Sabah.

"Kerajaan sepatutnya menyokong tuntutan kami ke atas Sabah. Seperti yang dijanjikan kepada ayah, saya tidak akan mengabaikan waris kesultanan ini," kata Jacel.

Sementara itu, Idjirani berkata Esmail perlu mematuhi wasiat Jamalul untuk menuntut kembali Sabah "dengan jalan timbang tara dan penyatuan semula."

Pada 9 Februari, satu kumpulan pencerobohmemasuki perairan negaramenggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. 

Pada 5 Mac pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan serangan itu adalah "bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara". Operasi diberi nama Ops Daulat.

Sepuluh anggota keselamatanterkorbandalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Jumlah individu yang dihadapkan kemahkamahberikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu ialah  31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri.

Jumlah pengganas yang berjayaditewaskanadalah sebanyak 63 orang.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Nasib Beliau kan Kak Tie..Harap-harap kita semua Kalau tak kaya didunia, harap-harap kaya di akhirat...

    BalasPadam

jerit kat sini