Loading...
Seorang lelaki yang disebut warga desanya sebagai "vampire" menggigit puterinya sendiri, memakan dagingnya, dan meminum darahnya.
Diberitakan harian Papua New Guinea Post Courier , Jumaat 11 Oktober 2013,wakil-wakil kerajaan di daerah Lae, wilayah Morobe, John Kenny, lelaki yang tidak disebutkan namanya ini membunuh puterinya sendiri yang baru berusia tiga tahun.
Beliau berkata, saat itu isteri dan anaknya sedang melawat sebuah rumah. Tiba-tiba, lelaki itu langsung merebut anak tersebut dan lari ke kedalam semak. Kebetulan terdapat dua kanak-kanak yang sedang memanjat pokok kelapa melihat kejadian seram itu.
Kenny mengatakan, lelaki tersebut menggigit leher puterinya dan memakan dagingnya, lalu menghisap darahnya.
Kedua kanak-kanak yang berada diatas pohon kelapa langsung lari ketakutan, memberitahu penduduk kampung lain.
"Dia hanya tertawa ke arah kanak-kanakitu, dan terus memakan daging dan menghisap darah anaknya.
Kanak-kanak itu ketakutan dan lari," kata Kenny.Saat warga berdatangan, lelaki itu lari dan mencampakkan tubuh tidak bernyawa gadis malang itu.
Dia lantas ditangkap polis. Di Papua New Guinea masih tersebar tahyul, ilmu hitam, sihir dan amalan kanibalisme.
Tahun lalu, polis menangkap puluhan orang anggota kanibal yang diduga membunuh tujuh lelaki, memakan otak mereka mentah-mentah dan memasak alat kemaluan korban menjadi sup.
Tahun 2011, seorang lelaki memakan putranya sendiri yang baru lahir, sebagai bentuk pentahbisan dalam sebuah upacara mazhab ilmu hitam
0 Ulasan
jerit kat sini