Loading...
New York, Ada penemuan mengejutkan di lokasi ground zero menara kembar World Trade Center (WTC), New York, yang luluh lantak dihantam pesawat-bom Al Qaeda.
Bangkai kapal yang dijumpai dibawah runtuhan bangunan WTC, kapal ini dijangka karam pada tahun 1810
Penemuan itu bukanlah sisa-sisa jasad korban aksi keganasan dahsyat komplot Osama bin Laden, pada 11 September 2001 silam. Itu adalah bangkai kapal yang dianggarkan kandas sekitar tahun 1790-1810. Diduga, tujuan utama perahu misteri itu adalah tepi pantai Manhattan.
Bangkai kapal dengan panjang kira-kira 10 meter itu dijumpai di bawah permukaan tanah sedalam kira-kira enam meter. Penemuan ini menggemparkan, kerana seperti begitu saja muncul ke atas permukaan tanah, sungguh misteri! Di tengah bisingnya deru jentolak yang terus menggali dan merenovasi Ground Zero, para arkeologi ramai berdatangan.
"Penemuan bangkai kapal ini adalah puncak dari penggalian gedung WTC. Ini sangat menakjubkan, "kata Molly McDonald, arkeologi yang berada di lokasi sambil menunjuk ke arah dua potong kayu kapal yang menghunjam menembusi tanah.
Bangkai kapal itu terkubur di bawah lumpur yang sedang digali untuk pengubahsuaian dan pembaikan kawasan bekas Menara WTC. McDonald dan tiga rakannya berjaya menggalinya, hingga bahagian lambung kapal kelihatan jelas.
Bahagian ini terkubur di lokasi di mana akan dibina pusat membeli-belah baru. Penyelidik dengan sangat berhati-hati bergumul dengan lumpur untuk mencari bahagian-bahagian kapal yang lain. Sejarawan bidang marin, Norman Brower meyakini, perahu ini pernah berlayar ke Caribbean.
Kesimpulan sementara itu dinyatakan setelah mereka memeriksa jejak yang tertinggal di kapal itu. "Bau yang tersisa ini seperti air laut yang surut, "kata McDonald. Kendati demikian, masih banyak misteri yang perlu diselesaikan dari penemuan bersejarah ini.
"Kenapa kapal ini dibina? Bagaimana penggunaannya? Dan mengapa kapal ini karam dan tenggelam? "
Peristiwa menggemparkan ini terjadi pada bulan Julai lalu. Ketika itu petugas menemuinya secara tidak sengaja ketika sedang melakukan penggalian di hujung selatan Ground Zero.
Kini, pasukan perunding alam sekitar sudah diterjunkan untuk mendokumentasikan artifak di lokasi yang akan menjadi pusat perdagangan itu.

0 Ulasan
jerit kat sini