Kelibat Wanita Berambut Panjang DILIHAT Di Hospital Putrajaya

Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas.
Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.
Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.
Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.
Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.
Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran. - REM RAMZI
Sumber: Malay Mail Online

Ulasan

  1. Eloklah ikhtiar sesuatu. Seram juga dgr

    BalasPadam
  2. as salam kak tie..malam2 baca entri kak tie ni membuatkan saya seram sejuk pula..huhuhu....

    BalasPadam
  3. @Ummi Imanakak pun x sanggup kiranya terserempak ngan kelibat Shasha ni

    BalasPadam
  4. @RamRamCute
    mesti terkebil kebil dlm gelap tu...hehe

    BalasPadam
  5. mana satu yg betul.. Hospital Putrajaya atau institut Kanser Negara. 2 bangunan yang berlainan di Putrajaya.
    Hospital Putrajaya memang dah lama dibuka. Institut Kanser Negara baru dibuka.

    BalasPadam
  6. saya tak rasa IKN sebab baru siap..

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!