Jom Bermalam Dalam Tubuh Anjing

Jom Bermalam Dalam Tubuh Anjing

Loading...
Pengalaman unik malam tidak harus di hotel mewah. Banyak tempat menarik menawarkan sensasi bermalam yang berbeza, seperti di hotel ini, tetamunya tidur di dalam tubuh seekor anjing. 


 Bernama Dog Bark Park Inn, hotel sederhana yang terletak di Idaho, Amerika Syarikat ini di cetuskan oleh pasangan seniman kayu Dennis Sullivan dan Francis Conklin. Melansir laman rasmi hotel, keduanya habiskan 18 bulan untuk mengukir kayu menjadi Beagle raksasa setinggi 9 meter, panjang 10 meter dan lebar 4 meter.  

Bilik di hotel itu hanya ada dua, sehingga para pelancong yang ingin singgah perlu membuat tempahan terlebih dulu. 

Bilik itu dilengkapi dengan perabot yang juga berbau anjing. Di samping tempat tidur yang selesa, 26 patung anjing lucu juga akan menemani para tetamu. Kemudahan unik lain juga menjamin pengunjung kembali lagi. 

Dog Bark Park Inn mempunyai penyaman udara, gelombang mikro, peti ais, dan pengering rambut. 

Walaupun tidak ada televisyen, namun Dennis Sullivan dan Francis Conklin mengakalinya dengan menyediakan buku-buku dan pelbagai macam permainan. 

 Bila ingin sarapan, tetamu boleh langsung mengambilnya sendiri. Peti sejuk sudah dipenuhi dengan pelbagai bijirin, granola, yoghurt dan kek lazat. 



Bermalam di dalam tubuh anjing ini dibanderol dengan harga US $ 92.



Inginkan tempahan?Klik Sini

Catat Ulasan

0 Ulasan