Ikuti Cara Rasulullah S.A.W Makan Ketika Menghadiri Majlis Rasmi

Ikuti Cara Rasulullah S.A.W Makan Ketika Menghadiri Majlis Rasmi

Loading...
terdapat tips - tips dan cara semasa majlis rasmi atau makan beradap


Kedudukan sudu garfu 

* Garfu biasanya di kiri, pisau dan sudu di kanan. 
* Sudu kopi atau teh juga akan diletakkan di sebelah kanan. 
* Alat pencuci mulut terdapat di bahagian atas menghadap piring makan. 
* Gelas minuman di kanan dan piring roti di kiri. 
* Cawan kopi atau teh bersebelahan gelas minuman.Adakala cawan kopi atau teh dibawa apabila minuman panas dihidangkan.

Sikap beradab semasa menghadiri majlis formal mungkin dapat membantu anda dalam meluaskan rangkaian niaga. Berikut garis panduan yang mungkin boleh diamalkan: 

Meletak tas tangan 
Jika tas tangan besar, letak di lantai di bahagian kiri bersebelahan kerusi anda. Sekiranya tas sederhana besarnya atau tanpa tali pemegang, letak ia di belakang anda.Jika tas tangan terlalu kecil, letak di bawah napkin di atas paha anda. 

Nak guna garfu yang mana? 
Jika masih ragu sudu atau garfu mana yang harus digunakan dahulu, ingatlah, ia harus digunakan dari bahagian luar ke dalam. 

Ketibaan makanan

Makanan sering dihidangkan dari kiri dan piring makan yang telah digunakan diambil dari sebelah kanan anda. Mula makan setelah semua tetamu dihidangkan juadah atau tuan rumah menjemput. Hidangan Barat yang formal selalu bermula dengan sup atau pembuka selera. Gunakan sudu sup yang terletak di sebelah kanan atau garfu salad yang terletak di kiri anda.

Menikmati sup 
Hirup sup secara perlahan tanpa bunyi.Cara mengambil sup harus bermula berdekatan anda dan ke arah luar, iaitu daripada bahagian dalam ke luar. Jika sup terlalu panas usah meniupnya. Tunggu sebentar dan jamah roti dulu.Sehabis hidangan sup, letak sudu di tepi mangkuk sup yang dialas piring. Jika anda diberi pembuka selera, letak garfu di dalam mangkuk atau piringnya.

Roti dan mentega 
Jika ingin makan roti, patahkan atau ambil sebahagian kecil sahaja. Anda tidak sepatutnya memotong roti dengan pisau mentega atau pisau makan.Sekiranya tiada mentega di piring roti, ambil sedikit dari mangkuk mentega dan letak di piring. Usah sekali-kali mengambil mentega dan sapukan terus ke atas sekeping roti.

Apabila ayam atau daging tiba 
Gunakan garfu di sebelah kiri dan pisau di sebelah kanan. Ini bagi mempermudahkan anda memotongnya. Jika anda lebih selesa mengunakan garfu di sebelah kanan anda boleh melakukannya setelah memotong daging tersebut. 

Beri ruang dalam mulut 
Usah sekali-kali mengunyah makanan dengan mulut yang penuh kerana anda bakal tampak gelojohdan kurang sopan. Ia juga menyukarkan untuk berbual. 

Kedudukan sudu garfu ketika berbual 
Jika ingin berbual sambil makan, letak pisau dan garfu di atas piring dahulu. Jangan memegang pisau sambil berbual apatah lagi mengacunya ke arah orang tersebut.Letak sudu, garfu atau pisau di atas piring umpama memangkahnya dengan huruf X.Pisau di bawah dan garfu di atas atau garfu di bawah dan sudu diatas.Ini mengikut keselesaan anda dan terletaknya alat tersebut.Jika agak sukar, cukup sekadar meletakkan seperti huruf V terbalik di atas piring makan anda. 

Meja bukan untuk siku 
Bila anda sedang makan jangan meletak siku di atas meja. Jangan menundukkan muka ke piring makan tetapi makanan di angkatmulut dengan mengunakan sudu atau garpu dan bukan dengan mengunakan pisau. 

Selepas makan 
Sudu, garfu dan pisau boleh diletak bersama di atas piring. Miringkan penghujung alat tersebut ke arah lima minitke pukul lima. Gigi garpu menghadap ke atas dan gigi pisaumenghadap garfu. Permukaan sudu menghadap ke atas. 


Kedudukan napkin setelah makan 
Letak napkin atau kain pengesat mulut di atas meja di sebelahkanan sesudah makan. Jika perlu ke bilik air, letak ia di atas meja di sebelah kiri bukan di atas kerusi. 

Jika makanan tertumpah 
Anda tidak perlu membersihkan meja. Dapatkan bantuan pelayan untuk membersihkan tumpahan tersebut. Ia juga termasuk makanan atau napkin yang terjatuh ke lantai. 

Pembayaran bil 
Jika ingin melunaskan bil sendirian, bincang terlebih dahulu dengan teman. Kalau dua pihak bersetuju saling berkongsi,beritahu pelayan sebelum anda membuat pilihan hidangan. Inibagi menjauhi perselisihan faham atau memalukan teman anda. 

Tips Tambahan

* Anda perlu duduk di kerusi dengan masuk dari sebelah kanan dan jika mahu bangun dari kerusi, anda perlu keluar dari sebelah kanan juga.

* Jika anda membawa tas tangan, pastikan anda meletakkannya di bawah kerusi, di sebelah kanan.

* Jika anda mahu memanggil ‘waiter’, hanya lambaikan sahaja tangan dan tidak perlu mengeluarkan suara.

* Jika anda mahu bersin, pastikan anda menarik napkin yang disediakan dan tunduk sedikit serta lepaskan bersin tersebut.

* Jangan letakkan napkin di atas meja selagi anda tidak mahu beredar.

UPDATE 

Adab Makan & Minum Mengikut Sunnah Nabi SAW.


Mari mempelajari adab makan dan minum melalui hadis Nabi SAW. Mengikuti sunnah Nabi SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim.

1. MEMBASUH TANGAN
Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.”
(HR An-Nasaa’i)

Satu lagi hadis menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”

2. MEMBACA BISMILLAH
Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda:

“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…”
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.

3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.

Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.”
(HR Abu Daud)

4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.”
(HR Muslim)

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).”
(HR Abu Daud)


6. TIDAK TONGKAT TANGAN
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda:

“Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.”
(HR Bukhari)

Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.

Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.


7. TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:

“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.”
(HR Bukhari)

8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).”
(HR Muslim)

11. TIDAK MAKAN BANYAK
Nabi SAW bersabda:

“Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.”
(HR Bukhari)

12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP
Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya:

“Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.”
(HR Ibnu Maajah)


13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”
Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi:

“… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!”
(HR Bukhari)

Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.

14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI
Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda:

“Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.”
(HR Muslim)

Di dalam hadis lain menyebut:

“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.”
(HR Bukhari)


15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:

“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.”
(HR Ibnu Majah)

16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.

Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).

17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Nabi SAW bersabda:

“Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis menyebut:

“Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.”"
(HR Bukhari dan Muslim)

19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda:

“…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.”
(HR Muslim)

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
Hadis menyebut:

“Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.”
(HR Muslim)

Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.

Wallahu a’lam.

Gaya laku seseorang semasa makan adalah cermin keperibadian.

Catat Ulasan

0 Ulasan