Wow!!Katak terbang bersama roket Nasa

Wow!!Katak terbang bersama roket Nasa

Loading...
Seekor 'katak terbang' kelihatan ketika pelancaran Ladee di pusat kemudahan Wallops Flight, Virginia

GAMBAR pelepasan roket Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (Ladee) dikeluarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dari Wallops Flight Facility, Virginia, Amerika Syarikat, Jumaat lalu menarik perhatian orang ramai.

Mana tidaknya, dalam 10 foto itu, terdapat gambar memaparkan 'objek terbang’ ketika pelancaran berlaku.

Jurucakap Nasa Allard Beutel berkata kepada DailyMail, foto itu tulen dan objek tersebut disahkan seekor katak.

“Katak itu bukan sebahagian daripada uji kaji dan bukan penumpang roket Ladee,” katanya.

Menurutnya, bersebelahan pusat kemudahan Wallops Flight terdapat kolah yang berfungsi melindungi landasan dan menyerap bunyi ketika pelancaran roket ke udara.

“Mungkin ketika insiden tersebut, katak itu berada dekat dengan Ladee dan tekanan kuat ketika roket berlepas menyebabkan katak itu turut terbang ke udara,” katanya.

Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku ketika pelancaran misi STS-114 (pesawat ulang alik Columbia) pada 2005 yang mana seekor burung terperangkap pada tangki pesawat tersebut.

Pada 2009, seekor kelawar pula didakwa melekat pada badan pesawat ketika pelancaran misi STS-119 (pesawat ulang alik Discovery). 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. @Hootoh Tudia
    hahaha pandai je kata katak pisang,takkan ada pokok pisang kat situ kot,impak tekanan dari roket tu kot,terkejut beruk katak tu..

    BalasPadam

jerit kat sini