Unik...Foto Kini Boleh Dprintkan Diatas Secawan Kopi

Unik...Foto Kini Boleh Dprintkan Diatas Secawan Kopi

Loading...

Mesin pencetak yang diperkenalkan oleh syarikat minuman asal Taiwan, Let s Coffee, ini mungkin akan dimusuhi oleh para pelaku seni menggambar dalam minuman kopi ( Latte Art ). 

Bagaimana tidak, mesin vending yang selalu ada di kedai makan Family Mart Taiwan ini dapat "melukis" wajah pengguna dengan sangat tepat dan juga menawan. 

Latte art merupakan seni menghias atau menggambar di atas permukaan latte. Latte sendiri dapat diartikan sebagai kopi hangat yang dicampur dengan susu panas. 

Proses pembuatan lukisan wajah ini tidaklah terlalu sukar. Seperti dikutip dari Digital Trends , Isnin (24/6/2013), pengguna hanya perlu mengambil foto yang dikehendaki di peranti telefon pintar sebelum menghantarnya ke mesin printer tersebut. 

 Setelah dimuat naik ke mesin, pencetak akan mencetak foto di bahagian busa kopi dengan menggunakan serbuk coklat. Selain gambar, pengguna juga boleh menambah teks.


Berdasarkan sample foto dari syarikat tersebut, terlihat bahawa mesin ini mampu mencetak foto di minuman kopi dengan sangat tepat.



Pihak Let s Coffee sendiri mendedahkan, mesin pencetak latte ini merupakan senjata utama atau nilai tambah mereka untuk bersaing dengan syarikat minuman kopi lain yang sudah mempunyai nama besar. Faktanya, Let s Coffee mengaku sudah mulai berjaya berkat tawaran menarik ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan