Edward Mordake,Lelaki Yang Mempunyai Dua Wajah

Siapa kata manusia berwajah dua hanyalah sebuah ungkapan saja, pada aba 19 ada manusia berwajah dua  bernama Edward Mordake. Benar-benar mempunyai dua wajah, satu di bahagian depan sebagai mana layaknya manusia pada umumnya dan satu lagi berada di belakang.

Wajah bahagian depan berfungsi normal sedangkan wajah bahagian belakangnya hanya boleh tersenyum tidak boleh bercakap ataupun makan. Edward Mordake adalah seorang lelaki kacak yang hidup pada abad ke-19, Edward hidup dilahirkan dalam sebuah keluarga keturunan bangsawan Bangsawan Inggeris.

Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan menjaga dengan penuh cinta sayang, namun seperkara yang kelihatan selalu mengganggu fikirannya adalah satu wajah yang melekat pada kepala bahagian belakangnya.

Tidak ada rekod perubatan yang lengkap pada waktu itu kerana terbatasnya tekhnologi pada zamannya, namun semua catatan menyebutkan satu hal yang sama bahawa Edward adalah seorang pemuda yang menawan dengan keperibadian yang mulia.

Namun ketampanan itu hanya terlihat dari depan, saat dia membalikkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan. Beberapa kisah lain menyebutkan bahawa wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama.

 Cerita lain menyebutkan juga bahawa wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!