Apa Lagi Rosmah Mau?

Apa Lagi Rosmah Mau?

Loading...
Peserta protes tanya 'apa lagi Rosmah mau?'


Kenderaan yang lalu di sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah di George Town hari ini membunyikan hon sebagai tanda menyokong bantahan kenaikan harga bahan api oleh kerajaan persekutuan.


Bantahan selama 45 minit itu yang disertai beberapa kumpulan mesra Pakatan Rakyat, membawa poster di bawah jejambat menuju ke bulatan Bayan Baru, mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang mereka sifatkan sebagai 'Janji tidak ditepati'.


Poster tersebut berbunyi 'Apa lagi Rosmah mau? Tambang bas dah 
naik. 
Tarif electrik dah naik. 

Tak Cukup lagi ke duit nak shopping?'

Ramai pemandu bukan sahaja membunyikan hon tetapi menunjukkan isyarat bagus kepada peserta bantahan tersebut. 

Seorang pemandu dalam Myvi menurunkan cermin dan melambai kepada kumpulan tersebut, sambil memegang syiling 20 sen.


Harga RON95 telah dinaikkan sebanyak 20 sen, manakala RON97
sebanyak 15 sen.

Poster lain pula sinis degan nada menyindir'Terima Kasih BN' dan'Wawasan 20 (sen) 20 (sen)',merujuk kepada visi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Poster lain pula berbunyi 'Rakyat kena C4 20 sen, Janji di Capati', 'BN = Barang Naik, Kita lagi kena buli' dan 'Subsidi Rakyat atau subsidi Kroni?



malaysiakini

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini