Sedikit Kisah Dari Cerita Ikan Sisa Nabi

Sedikit Kisah Dari Cerita Ikan Sisa Nabi

Loading...
Pernahkah anda merasai isi ikan sisa Nabi ini? Ikan ini sungguh unik keadaannya kerana hanya mempunyai sebelah badan dengan matanya satu.

Ikan ini juga dikenali dengan nama Ikan Sebelah Laut atau turut dipanggil sebagai ikan sisa Nabi. Manakala nama saintifiknya ialah Pseudorhombus spp. atau Achiroides spp.

 Ikan istimewa ini tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di negara kita. Anda tahu kisah kejadiannya?


Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Musa AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja. 

Seterusnya, ikan tersebut hidup dan membiak hingga ke hari ini. Hal ini menjadi bukti kewujudan ikan ini yang kekal sehingga ke hari ini untuk menjadi iktibar kepada kita semua.


Lebih unik, biarpun ikan ini hanya mempunyai satu mata dan sebelah badan sahaja ia tidak memberi sebarang masalah kepada kehidupan ekosistem ikan tersebut.

Kesimpulannya, kejadian ini membuktikan kebesaran Allah SWT. Tidak perlu lagi kita meragui akan kebesaran Allah dan agama Islam yang suci.

Dulu masa arwah bapa mertua akak masih ada hampir setiap hari arwah balik dari laut(abah seorng nelayan pinggir pantai),pasti ada dibawanya ikan sebelah ni....selalunya mmg kami anak beranak berebut2 meratah ikan sebelah yg telah digoreng garing...mmg sedap...abah pula hanya tersengih memerhati gelagat kami...anak2nya

Namun sekarang hanya tinggal kenangan....terimakasih abah..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. mana dapat cerita pasal Nabi Sulaiman tu? Dari mana sumber? ke reka je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbnrnya nabi musa..bkn sulaiman..kisahnya ad dlm surah al-kahfi

      Padam
  2. @Hafiz Hilmi
    reka??..eh x de..rasanya ramai yg tahu ttg kisah nabi dan ikan sebelah ni..cuba gugel tentang kisah2 nabi..pasti jumpa

    BalasPadam
  3. Bkn nabi sulaiman..tp nabi musa..kisahnya ad disebut dlm surah al-kahfi

    BalasPadam

jerit kat sini