Sedih Pengapit Kecil Dah Mati

PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hanya mempunyai masa beberapa minggu saja untuk hidup yang bakal menjadi pengapit kepada ibu bapanya meninggal dunia pada malam Isnin lalu.

Kira-kira 75 ahli keluarga dan rakan-rakan hadir di Pusat Pengebumian Mason-Gelder, Jeannette kira-kira 25 kilometer dari Timur Pittsburgh.

 Menurut laporan The Pittsburgh Tribune-Review, kanak-kanak tersebut meninggal dunia dalam pangkuan ibunya. Logan menghidap leukemia dan komplikasi lain, termasuk sebahagian besar buah pinggang beliau rosak.

 “Dia begitu muda tetapi perlu hadapi dugaan yang hebat,” katanya lagi ibu bapa kanak-kanak itu, Sean Stevenson dan Christine Swidorsky pada mulanya merancang untuk berkahwin tahun hadapan tetapi mereka memutuskan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan pada Sabtu ini supaya anak mereka dapat menyertai majlis perkahwinan itu. 

 “Kami mahu Logan masuk dalam potret keluarga kami dan mahu dia melihat ibu bapanya berkahwin,” kata Swidorsky. Logan menghidapi Fanconi anemia, penyakit yang jarang berlaku dan menyebabkan kanser. Kanak-kanak malang ini disahkan menghidap leukimia mieloid akut seawal usia 14 bulan dan pernah membuat pemindahan sel stem tahun lalu. 

 Beberapa orang yang menghadiri upacara pengebumian tersebut meninggalkan nota dengan gambar-gambar Logan pada papan poster mengandungi tajuk seperti "Baby Sweet', "We Miss You Already" dan "Best Man."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!