Cerita disebalik tukang jahit iklan Petronas?Ini Kisahnya...

Kisah Tukang Jahit Dalam Iklan Raya Petronas Tahun Ini


                           Antara babak dalam iklan 'Kudrat Membawa Berkat' dari Petronas. 

SABAK BERNAM: Kisah kehidupan tukang jahit veteran yang gigih bekerja demi mengumpul wang untuk pengajian anaknya, menjadi pilihan sebagai cerita latar dalam iklan Hari Raya 

Petronas tahun ini. Iklan berdurasi 8 minit 45 saat mengisahkan bagaimana seorang ibu yang bekerja sebagai tukang jahit menerima tempahan baju sempena sambutan Hari Raya, bersengkang mata demi mengumpul duit dan dalam masa yang sama tidak mahu menghampakan pelanggannya. 

 Dengan tema 'Kudrat Membawa Berkat', Petronas turut menyelit elemen perpaduan menerusi paparan semangat kejiranan muhibah antara Makcik Aishah (tukang jahit) dan seorang tauke kedai berbangsa Cina yang membantunya dan menasihati supaya menjaga kesihatan. 

 Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas Datuk Mohammad Medan Abdullah berharap iklan Hari Raya itu menjadi inspirasi kepada penonton supaya berusaha gigih untuk berjaya.

Iklan arahan Quek Shio Chuan dan dibantu kira-kira 40 krew produksi menjadikan Behrang Station di Perak sebagai lokasi penggambaran selama tiga hari. 

 Quek berkata tukang jahit dipilih sebagai watak utama dalam iklan kali ini kerana mereka merupakan orang paling penting dan sibuk menjelang sambutan Hari Raya. 

 "Tukang jahit sangat penting dan menjadi tumpuan setiap kali Hari Raya, jadi kita tonjolkan tukang jahit kali ini dan hubungan ibu dan anak yang sentiasa berusaha untuk berjaya. 

 "Behrang Station pula dipilih kerana lokasi itu mempunyai banyak kedai jahit terutama yang tradisional dan klasik," katanya yang ditemui Bernama pada majlis pelancaran iklan itu di Kampung Dato Hormat di sini sempena program Sentuhan Kasih Ramadan Petronas 2013.

'Jahit' ditayangkan mulai malam Jumaat dengan versi televisyen dipendekkan kepada satu minit. 

 Iklan Hari Raya Petronas sentiasa menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu setiap tahun oleh masyarakat Islam kerana sering membawa mesej yang menyentuh perasaan. 

 Antara iklan Hari Raya Petronas yang pernah diarahkan allahyarham Yasmin Ahmad ialah Janda Anak Tujuh, Ombak Jahat, Burung Apa dan Aku Ingin Pulang yang sarat dengan kisah mengenai kekeluargaan. - BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!