Wow!! Lihat Miniatur Yang Dibuat Nenek ini Dalam Masa 15 Tahun

Seorang nenek menghabiskan masa 15 tahun untuk membuat miniatur bandar yang menakjubkan di bilik tidurnya. Karya seni miniatur bandar itu mengundang banyak perhatian warga di Wetherby, Inggeris.

 Lili Barton, telah mencipta kotanya sendiri yang disebut "Barton Village" di dalam bilik tidurnya. Nenek berusia 73 tahun ini menghabiskan masa selama 15 tahun untuk membuat miniarut desa beserta warga-warganya. 

Suaminya Derek Barton, ikut membantu membuat struktur bangunan yang lebih besar, sementara Lili membuat miniatur yang lebih rumit dan terperinci. 

"Membuat miniatur ini bukan sesuatu yang sering diajarkan, tapi saya melakukannya untuk mengisi masa lapang saya. Saya telah membaca segala macam buku manual dan tentang cara membuat miniatur, "ujar Lili 

"Saya mula terinspirasi membuat miniatur ini setelah saya mengambil bahagian dalam kumpulan kerajinan Bramham Yorkshire Country Group, dan kerana itulah saya jadi semakin ingin membuat lebih banyak lagi, "ungkap wanita asal Wetherby, Inggeris ini. 

Lili menambah bahawa dirinya juga mengumpulkan banyak sisa-sisa sampah seperti potongan kayu kecil yang kemudian dibuat sebagai perabot. "Ketika saya pertama kali mula membuat miniatur ini 15 tahun silam , saya tidak boleh tidur kerana selalu memikirkan apa yang akan dimasukkan di mana dan bagaimana untuk merancang hal itu, "jelas Lili. 

Demikian dilansir Daily Mail, Kamis (11/7/2013). Nenek daripada lapan cucu dan lapan cicit ini menggunakan pelbagai bahan untuk membuat miniatur, seperti renda untuk langsir rumah, kayu untuk meja kecil, dan kulit untuk kasut pada patung-patung. 


Lily , sering mengajak jirannya untuk melihat miniature desanya. Ia juga secara teratur menyelenggarakan pertemuan untuk membicaraan paparan model desa yang akan dibuat selanjutnya. 

"Mereka kadang-kadang memanggil saya dan menanyakan apakah mereka boleh datang dan melihat desa. Beberapa orang datang setiap minggu dan bahkan menjemput rakan-rakan mereka untuk melihat desa kecil saya , "ungkapnya.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!