Kisah anak derhaka belikan daging babi untuk ibunya berbuka puasa

Sekitar awal 90 an,seorang pemuda 30 an menjerit-jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan. dia meraung setiap hari bagaikan orang yang diserang histeria,seseorang membawa lelaki itu bertemu dengan Ustadz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UITM KELANTAN untuk diobati.




Pemuda itu kemudian menceritakan satu peristiwa menyayat hati.

 Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan Ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan sholat dan berpuasa. Suatu hari Ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.

Dia tak mau pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang Ibu, dia tetap tidak mau pergi. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada Si Ibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk Ibunya memasak.

Si Ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda itu berhenti bercerita kepada Ustadz.Tiba-tiba dia menangis lagi.

Meraung bagaikan dirasuki syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya, " Ustadz tau daging apa yang saya beli ?", Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tau. " Daging apa ?" Tanya Ustaz kembali. " Saya beli daging babi Ustadz !,saya berdosa Ustadz ",jawab pemuda itu.

 Ustaz ternganga tidak berkata," Masya Allah " Hanya itu saja yang mampu diungkapkan. Lelaki itu meneruskan ceritanya," Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk Ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ",ceritanya lagi .

 " Saya beritahu Ibu, saya belikan ekor lembu untuk Ibu buat sup.Maghrib itu Ibu berbuka dengan sup ular yang disangkanya sup ekor lembu ",

Ya Allah besarnya dosa Ustadz. Dalam sedu tangisnya pemuda itu memberi tahu Ustadz itu lagi. Ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.

Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tibanya waktunya maghrib terutama bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat melupakan kejahatannya memberi Ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.

 Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis setiap hari mengenang dosa-dora kepada si Ibu yang sudah tiada. Semua jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu terhanyut sekali.

Bayangkan pada zaman modern ini ada anak yang sanggup memperlakukan Ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Ustadz menghabiskan tazkirah malam itu dengan mengingatkan Hadist Nabi bahwa malaikat berdo'a, laknat Allah ke atas mereka yang mengabaikan kedua Ibu Bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang Ibu Bapa boleh memelihara sepuluh orang anak hingga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga kedua orang tua ketika mereka sudah tua. ...

 Maaf ya,jika kedatangan catatan ini mengganggu Pemandangan FB sobat semua .. ... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...


PENAKLUK KEMUSTAHILAN

Ulasan

  1. memang dahsyat perbuatan dia kt mak dia, memang akan menyesal sampai matilah dia, kita akan tau kita sayang mak kita bila mak kita dh takde, berbaktilah selagi mak masih ada

    BalasPadam

Catat Ulasan

jerit kat sini

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!