Kayu Pokok Kurma Menangis Seperti Bayi

Kayu Pokok Kurma Menangis Seperti Bayi

Loading...
Sebatang pohon kurma boleh menangis bila diizinkan oleh Allah. Selain Khasiat Kurma terutamanya di Bulan Puasa Ramadhan, ada sebuah Kisah Kayu Pokok Kurma dengan Rasulullah saw.




Jabir bin Abdillah r.a berkata, dahulu Rasulullah saw pada Hari Jumaat selalu berdiri berhampiran sebatang Pokok Kayu Kurma. Lalu seorang wanita dari kalangan Ansar berkata, Wahai Rasulullah, mahukah engkau kami buatkan mimbar? 

Rasulullah menjawab, (Jika kamu sudi buatlah) Lalu mereka membuatkannya. Bila tiba Hari Jumaat, Rasulullah keluar menuju mimbar yang baru itu, lalu Menangislah Kayu Kurma itu seperti tangisan seorang bayi. 

Lalu Nabi pun turun kemudian menyentuh kayu yang menangis seperti seorang anak kecil itu. Kayu Kurma Menangis kerana kebiasaannya dahulu mendengar zikir yang diucapkan di sisinya. 

— Imam al-Bukhari Kisah Nabi dan Pokok Kurma Riwayat Ibn Umar r.a pula, 
dulu Rasulullah saw berkhutbah di atas Batang Kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. 

Batang kurma itu pun Menangis. Maka Nabi Muhammad saw mendatanginya sambil mengusap tangannya pada batang kurma itu untuk menenangkannya. — 

Imam Al-Bukhari dan al-Tirmizi Rasulullah bersabda Seandainya aku tidak mengusapnya, nescaya ia akan tetap Menjerit hingga Hari Kiamat.

 — Ibn Majah Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah 


http://www.hootoh.my/2013/07/kisah-kayu-pokok-kurma-menangis.html

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Klau tggh2 mlm...dgr pokok menangis...mmg langkah 1000 lerr...

    BalasPadam
  2. hihi..teringat sulu2 masa tgh pemes orng kumpul akar pokok,ada jiran masuk hutan cari akar pokok,bila malam2 dgr suara tangisan,rupa2nya suara tu dari akar pokok yg diambil,esoknya jiran akak hantor balik tempat asal...takut gak r..

    BalasPadam

jerit kat sini