Loading...
Kalau ditanya di mana lebih seronok berbuka puasa, jawapannya mudah, tentulah di rumah sendiri. Ramai orang lain pun saya percaya macam saya juga.
Berbuka di rumah adalah terbaik. Kalah coffee house hotel dengan menu 101 atau 202 jenis untuk dibelasah dengan harga RM129 sekepala sebagaimana yang ditulis bos saya, Datuk A Jalil Ali semalam.
Dengar kata yang paling mahal di Kuala Lumpur bukan RM129, RM180 sekepala pun ada. Kalau mahu yang lebih murah, jangan kira kepala!
Tidak tahulah apa yang perlu dibayar hingga semahal itu harganya. Mungkin dikira prorata, sekali dengan kos oksigen yang disedut selama mana kita berada dalam coffee house itu. Kena bayar kerana apa yang disedut itu bukan 02 tetapi sudah bersekali dengan aroma masakan yang 202 jenis itu.
Itu sebab sampai dekat RM200 sekepala! Seronoknya berbuka di rumah, juga kerana boleh hanya berkain pelikat dengan baju pagoda.
Bagi lelaki yang sudah lebih 40, faham-faham sendirilah akan makna alasan itu. Juga kerana selepas berbuka, boleh terus berlingkar depan TV, jadi ular sawa kenyang!
Itulah nikmatnya yang tidak boleh ditandingi waima hotel yang harga bufetnya RM129 atau RM180 sekepala itu pun. Akan tetapi, sebagai orang surat khabar, berbuka di rumah hanya impian bagi saya . Hampir setiap hari sepanjang bulan puasa ini, saya dan rakan-rakan berbuka di pejabat.
Itulah juga barang kali sebabnya mengapa peluang sesekali berbuka di rumah dirasakan sangat indah. Dan itulah juga barang kali mengapa berat badan saya setelah lebih dua minggu puasa ini, berkurang lebih tiga kilogram berbanding sebelum puasa. Kalau setiap hari berbuka di rumah macam kebanyakan orang, bukan berkurang tetapi mahu bertambah tiga kilogram agaknya.
Mengenang ini semua, teringat pada pengorbanan isteri-isteri. Bukan isteri saya sahaja tetapi isteri-isteri yang lain juga. Pada bulan puasa, beban tugas harian mereka bukan makin berkurang bahkan bertambah, lebih-lebih lagi bagi yang bekerja. Suami?
Macam yang saya tulis awal tadilah, apabila perut sudah membelon macam sawa kenyang, ramai yang memilih untuk berlingkar di depan TV. Alasan, berehat sekejap sebelum ke masjid. Akhirnya apabila hampir masuk waktu Isyak, dapat alasan baru pula, badan masih terasa berat, tidak larat hendak berterawih. Mahu tidak berat jika air bandung cincau sahaja hampir satu jag sudah berada dalam perut, ayam golek pula ghaib licin seekor.
Hantu raya pun kalau tidak ditambat pada bulan puasa ini, boleh lari lintang pukang tengok kita berbuka puasa! Tatkala suami berlingkar, isterilah juga yang belum pun sempat tukar baju sejak balik kerja, sibuk mengemas meja.
Cuci pinggan mangkuk, kutip sisa makanan anak yang tertumpah dan segala macam kerja lagi dibuatnya. Sudahlah tadi dia juga yang terkocoh-kocoh keluar dari pejabat, singgah di bazar Ramadan beli juadah berbuka.
Siap membeli, jemput anak dari sekolah atau dari taska. Sampai di rumah, buat kerja hidang menghidang pula. Suami yang baru sampai terus ke meja, lagak macam menghadap buffet di hotel yang harganya RM180 sekepala.
Tidak. Saya bukan mengata orang lain tetapi diri sendiri pun serupa. Dan ini saya tahu berlaku dalam kebanyakan rumah tangga. Kadang kala kedengaran juga 'komplen' lelaki, wanita bertuah sebab mereka ada 'cuti'.
Hek eleh! Hal itu mahu cemburu juga! Kerana cemburu, ada suami yang serah semua kerja kepada isteri.
"Awak cuti, awak buatlah sendiri, saya puasa, penat, bagilah chance saya berehat!" Walhal pada hari isteri tak cuti pun, semua kerja isteri juga yang buat!
Suami seperti biasa, alasannya perlu banyak di masjid. Kena pergi awal, iktikaf. Inilah masanya kumpul pahala banyak-banyak.
Itu minggu pertama puasa. Masuk minggu kedua - ular sawa kenyang berlingkar depan TV - tetapi alasan masih pakai yang minggu pertama juga!
Waktu sahur pun, isteri juga dahulu bangun memasak atau paling tidak, panaskan makanan yang sudah sedia. Setelah semua siap di meja, barulah dikejutkan suami dan anak-anak.
Ketika suami dan anak-anak masuk bilik sambung tidur, isteri masih di dapur. Elok masuk nak sambung tidur, suami pula kuis-kuis kaki. Begitulah sibuk dan penatnya isteri-isteri pada bulan puasa.
Kepada suami, ringan ringankanlah tangan. Bukan orang lain, isteri kita sendiri juga!
Tulisan:MUHAMAD MAT YAKIM

0 Ulasan
jerit kat sini