Apa Jadi Bila Rambut Rasulullah Dibawa Ke Kashmir?Lihat...

Apa Jadi Bila Rambut Rasulullah Dibawa Ke Kashmir?Lihat...

Loading...
Setahun sekali pada hari Maulud Nabi, penduduk Kashmir akan berpusu-pusu ke Keramat Hazratbal di Srinagar bagi melihat rambut nabi muhammad secara dekat.

 Rambut ini diberi nama Mo-e-Muqaddas (Rambut Rasulullah) oleh penduduk setempat. 

Menurut lagenda seorang lelaki bernama Syed Abdullah membawa relik peninggalan nabi ini ke India dari Madinah pada tahun 1635. Beliau mengaku cucu cicit Rasulullah dan menetap di Hyderabad. 

Selepas Maharaja Mughal Aurangzeb menakluk Hyderabad, harta keluarga Syed Abdullah dirampas. Syed Hamid, anak kepada Syed Abdullah berjaya menyorokkan harta paling beharga beliau iaitu rambut Rasulullah. 

Tetapi akibat kesempitan wang beliau terpaksa menjual rambut baginda kepada seorang peniaga kaya di Kashmir bernama Khwaja Nur-ud-Din Eshai.

 Apabila Maharaja Aurangzeb mengetahui akan apa yang dilakukan oleh Syed Hamid, beliau memaksa Khwaja Nur-ud-Din Eshai untuk menyerahkan rambut Rasulullah kepada baginda, Khwaja Nur-ud-Din Eshai enggan menurut perintah dan dipenjarakan. 

Setelah beberapa lama Maharaja Aurangzeb menyedari kesalahan beliau dan mahu memulangkan semula rambut nabi kepada Khwaja . Malangnya beliau sudah meninggal dunia di dalam penjara. 

Maharaja Aurangzeb kemudian menyerahkan janggut yang dirampas baginda kepada anak Khwaja. 

Pada tahun 1700, anak Khwaja, Inayat Begum membina Keramata Hazratbal bagi menyimpan rambut Rasulullah dan menanam jasad ayahanda beliau.

 Sejak dari hari itu cucu cicit Khwaja diberikan tanggung jawab menjaga keselamatan rambut Rasulullah 

Namun pada tahun Disember 1963 rambut Rasulullah hilang secara mengejut. Kehilangan Mo-e-Muqaddas mengakibatkan berlakunya protes besar-besar di Kashmir.

 Penduduk setempat mahukan rambut Rasulullah dipulangkan segera ke Keramat Hazratbal. 

Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mencari semula Mo-e-Muqaddas. Setelah beberapa minggu hilang, Mo-e-Muqaddas ditemui semula pada 4 Januari 1964.

 Tidak diketahui apa yang berlaku dan kemana hilangnya Mo-e-Muqaddas selama 9 hari.







kredit:http://www.nescafeais.com/




Catat Ulasan

0 Ulasan