Loading...
Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di muzium Manchester menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak sendiri dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ.
PATUNG Osiris yang misteri.
Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi. Patung yang setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi persembahan kepada dewa Osiris.
Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price, 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan.
Menurut Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut, tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri. “Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain. “Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan ia sangat luar biasa,” katanya.
Tambah Price ;lagi, masyarakat Mesir purba percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada roh seseorang selepas kematiannya. “Tetapi mereka pun akan terkejut jika patung seperti ini bergerak sendiri,” katanya.
2 Ulasan
Cmana tak berhantu..ribu tahun jin tu dok kat patung tu!! eeeee..
BalasPadam@Abil Fikri Ahmad
BalasPadamrasanya kes ni lebih kpd saka kot..
jerit kat sini